Cermin Diri

Pernah tak kita dalam kesibukan dengan pelbagai aktiviti mencari ruang untuk cermin ataupun memuhasabah diri sendiri ? Mungkin sebahagian besar termasuk saya hanya mampu menggelengkan kepala. Bukannya kita tak mampu namun kita merasakan diri kita sudah cukup bagus, jadi buat apa nak screening lagi. Sebenarnya itulah silap besar kita. Dengan merasakan diri kita sudah cukup sempurna, secara automatik, tiada kecenderungan untuk memperbaiki diri.

Ayuh, kita masih belum terlambat untuk memperbetulkan diri kita. Jadi bila kita boleh mulakan? Bergantung kepada diri anda bila waktu yang paling sesuai tapi pada pandangan saya, waktu yang paling sesuai bila anda lapang dari sebarang aktiviti dan keadaan sekeliling yang senyap. Ini membolehkan kita betul-betul fokus dari gangguan luar. Dan kerana kita sebagai individu yang kadang kala tidak nampak kelemahan diri, mempunyai teman yang boleh dipercayai amatlah berguna. Mungkin seorang sahabat bukan kawan ataupun isteri/suami kepada pasangan. Walaubagaimanapun, anda perlu menerima apa yang dikata oleh teman atau sahabat. Ianya mungkin pahit untuk ditelan tapi jika kita menerimanya dengan lapang dada, hasilnya adalah positif.

Bila kita dah screening diri, cubalah memperbaiki diri jika sebagai contoh kita sembal lewa dalam melakukan kerja, meletakkan ego ke tepi dengan memohon maaf jika ada tersinggung perasaan.Insyaallah dengan izin tuhan, hubungan kita dengan manusia bertambah baik dan diri kita juga akan bertambah baik dari hari sebelumnya. Tidak dilupa hubungan kita dengan tuhan, mungkin sebelum ini kita melambatkan solat, tapi kita berubah dengan sentiasa bergegas menunaikan solat.

Ingatlah, manusia yang hebat adalah yang mengakui kesalahan dan kelemahan dan cuba memperbaikinya, manusia pengecut bila kelemahan diri diletak atas orang lain dan berani pula berkata ini semua salah dia, kalau bukan kerana dia aku begini dan begini....

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu