Selasa, 14 Jun 2011

Ikan Bakar Cara Kampung



Entah kenapa rasa nak makan ikan bakar, bukan yang jual di restoran ataupun medan ikan tapi yang dibakar sendiri. Mula-mula sekali kena hidupkan api biarkan sampai jadi bara. Tempat nak bakar ikan tak jadi hal. Cuma kena kreatif sikit. Bata tanah liat kan banyak. Bata tanah liat tadi diletak keliling bara api tapi jangan terlalu lebar, susah pula nak letak ikan nanti. Sambil tunggu api jadi bara, ikan yang disiang tanpa diperasa dengan garam atau gula dikepit dalam kepingan buluh. Orang kelantan panggil pengingak. Bila api dah jadi bara, bolehlah ikan tadi dibakar. Kena sentiasa balik-balikkan ikan, kalau tidak hanya bahagian luar yang hitam hangit, bahagian dalam masih mentah. Satu tip yang saya belajar dari rancangan masakan, untuk mengelakkan ikan hangus masa dibakar, ikan perlu dilumur dengan minyak sedikit. Tapi disebabkan saya nak makan ikan bakar tawar, minyak tak boleh digunakan tapi apa yang saya buat, kena sentiasa pastikan api tak sempat menyala kalau tak boleh hangus ikan, ikan pula kena letak jangan terlalu rapat dengan bara. Dalam 10 minit lebih, ikan dah boleh diangkat. Saya guna lidi cucuk kedalam isi ikan, kalau rasa-rasa tak melekat, maknanya ikan dah masak.Emm, cicah ulam dengan ikan bakar dalam budu dengan irisan pauh muda dan tempoyak,serta cili padi...sedap sekali dimakan dengan nasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...