Di Sini Ku Belajar

Peluang menyambung pelajaran ke menara gading tidak harus dilepaskan tidak kiralah samada tempatan ataupun luar negara. Ianya merupakan satu titik baru yang boleh dikatakan berlainan dengan apa yang kita alami disekolah sebelumnya.Di sini tiada lagi peraturan rigid yang mengongkong, tiada lagi guru yang mengawal dan tiada lagi ibu bapa yang melihat. Kita seolah-olah seekor burung didalam sangkar yang baru terlepas dari sangkar dan ghairah sekali mahu menikmati dan mencari erti kebebasan.Namun, dalam keseronokan menikmati kebebasan, kita hanya diberi 2 pintu keluar, samada tersungkur diatas jalan berduri dan berliku ataupun bangga melangkah sebagai manusia yang berjaya. Sayang seribu sayang sekali, masih ramai yang tak mengerti erti manusia berjaya. Ramai yang beranggapan mendapat keputusan cemerlang itulah dipanggil manusia berjaya.Bangga tersenarai dalam list dekan.Bangga menggegam segulung ijazah.Aku sudah berjaya. Itu hanyalah sebahagian dari erti maksud manusia berjaya.Tidak guna cemerlang hasil dari meniru dan menipu.Tidak guna berbangga menggegam ijazah yang akhirnya tidak kenal halal haram.Perlu diingat matlamat tidak menghalalkan cara.

Aku bersyukur benar kerana menuntut di Uniten walaupun bukan pilihan pertamaku kerana kejuruteraan bukan pilihanku.Sejak kecil aku mengejar impian untuk bergelar seorang arkitek dan itulah matlamat sebenarku.Tapi setiap yang berlaku ada hikmah yang sudah ditetapkan Ilahi.

Di sinilah aku lebih dekat dengan agamaku.Jika sebelum ini aku jarang solat di mana mana masjid tapi disini alhamdulilah. Terima kasih kepada sahabat sahabatku.Kerana merekalah yang tak kenal erti penat mengajak aku menyebabkan sedikit demi sedikit aku rasa seronok solat berjemaah.Hinggakan solat dirumah rasa seperti satu kejanggalan.

Di sinilah juga aku belajar erti hidup, memahami erti persahabatan dan menempuh seharian diatas kaki sendiri. Setiap kali aku terjatuh dan merasa seperti sudah tidak mampu lagi badan ini berdiri, ada tangan yang menghulur, membimbing aku supaya gagah berdiri dan dengan semangat baru untuk memecah hadangan yang sebelum ini juga gagah dan kukuh untuk ditempuhi.

Aku melangkah keluar dari sini bukan sekadar dengan segulung ijazah tetapi juga bersama pengalaman hidup yang tidak mungkin mampu diajar didalam kelas. Kepala ku tunduk tanda kesyukuran namun aku sedar dan mengerti aku masih belum keluar dari universiti kehidupan bahkan aku baru setakat menghabiskan hanya sebahagian kecil sahaja. Aku akan hadapi seadanya dengan doa sebagai perisai.Doakan aku dan seluruhnya semoga berjaya bukan sahaja didunia tetapi nun jauh di akhirat kelak.Sekian

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu