Menanti Lailaturqadar

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan

4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.

5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh). 

Dalam kita sibuk menanti 1syawal yang akan menjelang tiba, sebenarnya ada satu malam yang amat dinantikan oleh para mengejar amal iaitu malam lailaturqadar. Beribadat di malamnya menyamai beribadat selama seribu bulan iaitu menyamai 83 tahun. Tambahan pula ini adalah bulan Ramadhan dimana ganjaran beribadat pada bulan ini akan diberi sendiri oleh Allah swt.

Pada hari keberapa malam lailaturqadar tidak pula dinyatakan oleh baginda Rasulullah saw tapi kita digalakkan untuk mencarinya pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.Mungkin pada malam ini ataupun mungkin malam lusa, itu hanya Allah swt yang tahu.

Kita sebagai hambaNya tidak seharusnya terlalu seronok mengejar 1 Syawal tapi ayuh, marilah kita berlumba-lumba mengejar malam lailaturqadar.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu