Demam Oh Demam




Dah dekat dua minggu rasanya saya tak update lansung blog nie. Bukan setakat blog, komputer pun saya lansung tak bukak. Ini semua gara-gara demam kuat yang dihadapi saya. Habis satu badan rasa lenguh sampai nak bangun pun tak larat. Sehari-hari hanya mampu terlentang. Makan pun tak berapa nak lalu, paksa juga diri untuk terima juga makanan, kalau tak mana nak datang tenaga. Betullah nenek aku cakap, demam zaman moden nie pelik. Kalau dulu, tiga empat hari kebahlah demam tapi kat zaman moden nie, demam pun turut jadi moden juga, bukan setakat demam, badan pun rasa lain macam, orang kelate kata lenguh lumpuh. Ingatkan lepas seminggu, pulihlah demam nie, rupanya sakit lain pula mari. Pegi jumpa doktor, memang confirm aku dapat demam campak la pulak. Aduhai apelah nasib badan. Tapi nak buat macam manakan, redha je lah. Campak nie mana ade ubat, kena biarkan semua kuman keluar, baru nanti hilang rasa gatal. Nanti dah kebah, kena mandi dengan air nyor macam mak aku cakap untuk hilangkan saki baki kuman campak. Follow je lah ape orang tua cakap walaupun aku sendiri rasa air nyor baik dibuat minum dari dibuat mandi.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan