Hukum Hudud: Keadilan Dan Prejudice


Kalau non muslim yang menentang hukum hudud, ianya boleh diterima tapi kalau muslim sendiri pun menentangnya dengan memberi alasan hudud tidak adil, ketinggalan zaman dan entah apa lagi alasannya, saya rasa ini tidak kena. Bila seorang itu bergelas muslim, maka sudah pasti hukum agama tertakluk keatasnya. Mungkin mereka orang cerdik pandai namun ini tidak memberi mereka tiket untuk menentang hukum tuhan.

Tapi dengan segera secara defensive dan menyerang mereka dengan pelbagai tohmahan adalah tidak membantu membersihkan keadaan dan mungkin membawa mereka lebih jauh dari Islam. Saya masih ingat tidak lama dulu bila ada seorang pemimpin politik diugut, bukan sedikit yang mencaci dan pelbagai lagi yang negative didalam internet, gambar si penuduh ditag dan diemail kepada yang lain supaya makin ramai yang turut serta mencaci dan mencela. Kalau betullah yang mencela dan mencaci betul-betul mengikut apa yang diajar Islam, saya yakin mereka tidak akan mencaci dan mencela. Kepada mereka, ajaklah untuk duduk bersama dengan pakar dalam hukum islam, biarkan mereka tanya sepuasnya sehingga faham tentang hukum hudud. Memang ada yang cuba memberi penjelasan contohnya dalam Sunday Star Oct 9, surat dari Dr Siti Mariah Mahmud tapi saya rasa ini tidak cukup kerana tiada komunikasi dua hala. Hari ini saja sudah ada yang memberi respons dengan menimbulkan persoalan yang perlu dijawab, The Star Oct 14, Hudud Raises Concerns. Kerana itu saya rasa perlu ada perbincangan, diskusi, meja bulat atau apa saja namanya untuk membolehkan ketidakfahaman dan keraguan pada hukum hudud dapat dirungkai.

Kepada Pas, saya amat bersetuju dengan gesaan banyak pihak yang mencadangkan Pas boleh duduk sama berbincang dengan semua pihak tanpa mengira fahaman politik asalkan kita sesama Muslim terutamanya Umno jika betul mereka mahu melaksanakan hudud atas tuntutan agama bukannya sebab politik. Jika hanya sekadar untuk meraih undi dan mencari populariti, maaflah saya tidak boleh memberi sokongan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu