Isnin, 5 Disember 2011

Nasi Air Dingin



Initially saya naik confuse jugak dengan nama nasik nie. Nasi air dingin ?? Sejuk sangatkah sampai namanya sebegitu dingin ?? Alih-alih barulah saya faham Air Dingin tu nama tempat di Tumpat Kelantan bukannya nasik tu sejuk amat untuk dilahap. Aduh, jahil sungguh saya. Nama jea rakyat jati Kelantan tapi nama tempat pun tak kenal.

Tak dilupa kepada pakcik sedara saya yang awal-awal pagi dah berkunjung kerumah membawa bersama nasik air dingin sebagai breakfast yang bagi saya boleh tahan lazatnya. Pasallah pakcik sedara sanggup drive sampai ke Tumpat semata-mata nak beli.


Nak kata special tu takdelah sangat. Hanya ordinary nasik berlauk ikan yang tipikal rakyat marhein Kelantan selalu makan belah pagi. Yang membezakannya dengan yang lain adalah keenakan lauk ikan yang sedikit berlemak, tak pedas, tak berapa masam dan tak berapa manis. Senang kata semuanya perfect mixture. Pandai sungguh orang yang bertanggungjawab menyediakannya tiap-tiap hari memasak.

Lauk lain pun ada jugak. Lauk daging dan ayam. Yang nie pun sedap jugak. Tapi saya lebih prefer lauk ikan. Yelah, ada ke patut pagi buta dah melatak ayam atau daging. Tak kena pula rasanya.

Asyik bertype nie buat saya rasa lapar lak. Meh kita semua pakat pergi ke Tumpat. Kita pekena nasik air dingin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...