Projek Terlatest Di Kota Bharu


Dalam sedekad kebelakangan ini, saya nampak kat Kota Bharu nie boleh dikatakan rancak dengan projek-projek pembinaan. Baguslah sebab akan berubah dan merangsang ekonomi di area Kota Bharu.

Antara projek-projek di masa akan datang yang diketahui melalui blog, forum dan desas desus dari kenalan saya kat Kota Bharu adalah seperti berikut

  • Khabarnya terdapat perancangan untuk membina shopping mall termasuk dengan hotel dan bangunan office. Ala-ala macam Mid Valley gamaknya.
  • Saya juga terdengar kawasan di tepi Palm Manor juga akan dimajukan semula selepas lama terbengkalai. Asalnya dulu nak wak Swiss Hotel dan Pasaraya Parkson tapi tergendala kerana krisis ekonomi tahun 1997.
  • Projek perumahan mewah, De Muara Residences akan start pembinaanya tahun ini manakala projek kondominium yang berharga 350 ringgit per sq ft akan dilancarkan tahun ini.
  • Saya juga terdengar kononnya Aeon akan bina shopping mall kat Lembah Sireh tapi tak jadi. Diorang tengah cari tapak lain khabarnya.
  • Tunjong Pavilion khabarnya akan start pembinaannya setelah pembinaan Mydin disebelahnya mula start bina gak. Khabarnya juga target kat sini adalah barangan mid sampai high end.
Saya tak boleh jamin apa yang saya nyatakan diatas benar belaka, mungkin juga hanya khabar angin atau mana tahu memang betul. Cuma kita hanya boleh tunggu. Kalau betul, insyaallah banner akan naik dan kita akan nampak pembinaan berjalan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan