Stadium Sultan Muhammad V

Dua tiga hari lepas masa duk tengah melayari internet, saya terkejut, teramat suprise. Rasa seronok dan teruja sangat. Bukan apa, syok sangat dapat tahu The Red Warriors akan mendapat stadiumnya sendiri. Stadium nie pulak direka khusus hanya untuk perlawanan bola sepak dengan kapasiti empat puluh ribu. Berlipat kali ganda dari stadium Muhammad ke empat di tengah Kota Bharu.

Maklumat nie saya dapat dari muka buku Tan Sri Annuar Musa, orang kuat Kafa.

Jika dilihat dengan teliti, stadium akan dibina dengan dikelilingi bahan bina terbaru dari Eropah yang memaparkan dinding luaran yang tembus cahaya. Maka pada waktu malam pada hari perlawanan, Stadium Sultan Muhammad V akan dilihat seakan-akan sedang MEMBARA dan akan menerangi kawasan sekitar. Lampu limpah yang menerangi padang akan dipantulkan ke luar dan kawasan sekitar stadium akan kelihatan bercahaya. Consultant seni bina juga telah dibawa masuk untuk memastikan pembinaan stadium mengambil kira laluan angin agar suasana dalam stadium tidak panas untuk keselesaan penonton.

Tempat duduk penonton turut dibina dengan mengambil kira faktor keselamatan memudahkan keluar masuk.

Tiada track larian kerana stadium ini akan dibina khusus untuk bola sepak. Kedudukan penonton yang dekat dengan padang akan menjana suasana yang lebih meriah dan mampu berikan sokongan lebih padu buat pasukan. Corporate booth akan turut dibina agar KAFA dapat terus menjana dana dan income sendiri. Sebagai contoh, corporate box bewarna kuning di sebelah kanan atas gambar merupakan Royal Box untuk Sultan kita.

Tempat duduk semua adalah individu (ada nombor tempat duduk) dan berbumbung.

Kapasiti stadium dalam pelan arkitek dan berdasarkan bajet ialah 40,000. Harga tiket insya Allah tidak akan dinaikkan kerana kita tidak akan dikenakan levi yang tinggi serta kapasiti stadium yang lebih besar bermakna pendapatan KAFA bertambah. Janji penonton semua kena pakat pergi stadium, penuhkan Stadium Sultan Muhammad V untuk SETIAP perlawanan. Tempat meletak kenderaan yang banyak akan disediakan dan khidmat bas shuttle dari tengah bandar Kota Bharu turut akan disediakan.

 The Fortress, home of the red worriors

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu