Khamis, 16 Februari 2012

Bila Tak Reti Speaking

Aku ada kisah nak kongsi. Peristiwa ni berlaku dah lama, masa aku masih bersekolah di peringkat rendah, lebih tepat lagi belasan tahun lalu.

Ceritanya macam nie...

Masa tu waktu kelas English dan aku rasa nak terbuang air kecil teramat sangat. Fikir punya fikir, dah takleh nak tahan, aku bangun dan mengadap cikgu English di meja depan. Aku bagitau dia yang aku nak ke tandas. Cikgu English ni tengok kat aku dan bersuara ask permission in English. Aku pun start tergamam. Dalam kepala otak nie tengah fikir macam mana aku nak cakap ni, aku bukan reti pun nak speaking meaking nie. Lama aku tercegat depan cikgu dan dia menanti aku bersuara, speak english la tu. Alih-alih aku pusing dan balik ke tempat aku. Aduuhhh, malu tak leh nak cakap. Lebih 50 orang murid, classmates aku, pandang kat aku. Merah muka aku. Tapi aku buat tak tahu jelah. Aku letak jauh-jauh dari fikiran aku nie. Tapi entah kenapa hal nie hanya melayang dalam diri aku. 

Lepas habis waktu kelas, kawan aku tanya kenapa aku tak cakap jea, bukan susah pun. Aku dah try nak sebut tapi tak boleh, macam ada batu dalam mulut aku. Korang tau tak aku asyik fikir benda bukan-bukan. Aku takut kawan aku gelaklah, aku takut grammar aku silap lah, aku takut pronounce tak betullah. Aku takut cikgu marah pasal aku tak cakap betul2lah. 

Sekarang, bila aku terkenang balik peristiwa kat atas, aku pulak nak gelak kat diri sendiri. Kenapalah aku bodoh sangat tak leh nak skeaping. Tak pasal-pasal aku tersiksa dekat sejam menahan azab rasa nak terkencing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...