Gempar !! Sejadah Pun Pandai Berwudhu


Derus !!! Bangun, pegi tolong bapak ko bersihkan surau. Bertuah betul budak nie. Apa nak jadi laaa. Marah ibu derus tak tahan melihat perangai anak bujangnya itu. Malas untuk dengar leteran yang berterusan dari ibunya, Derus cepat-cepatlah bangun walaupun dalam hati dia rasa malas sangat nak bangun, tido lagi best tambahan pula jam baru pukul 8. Lepas salin pakaian tanpa mandi dulu, Derus pun pergilah menapak ke surau kampong yang tak berapa jauh sangat dari rumahnya. 

Mana orangnye. Takde sapa pun...kata hati Derus selepas puas ke belakang depan surau. Eh, macam bunyi air aje. Biar betul apa yang aku tengok nie. Nie dah kira ajaib. Takleh2, aku kena tepon wartawan nie...kata Derus pada dirinya sendiri selepas dia melihat satu peristiwa yang takjub kat surau kampungnya. Dia bergegas pulang. Mak dia tanya pun dia tak jawab. Apa yang dibuat terus disambar telefon dan menelefon wartawan entah dari syarikat dah.Encik kena datang sekarang ke kampong Tiang Sebatang, ade peristiwa gempar, sejadah ambik wuduk. Sebelum nie kita tahu sejadah solat berjemaah jea. Cepat sikit datang, takut dia selesai berwudhu nanti. Kata Derus bersungguh-sungguh pada mat wartawan. Mat wartawan dah dengar cerita sensasi apa lagi, bergegas la dia turun ke padang.
Tak tahulah berapa deras mat wartawan and partner bawak kereta, kejap saja dah sampai. Derus dah tercegat menanti. Sengih saja dia. Mana tempatnya ?? tanya wartawan dengar eagernya. Derus cepat-cepat bawak diorang ke surau kampong. Alih-alih dah takde dah sejadah berwudhu. Apa alasan mat Derus Agaknya sejadah tu tengah semayang kot. Baru saja diorang bertiga nak naik kedalam surau, berkebetulan bapak Derus muncul, terperanjat dengan kehadiran wartawan ke kampungnya. Bapak, nie cik Kasim, yang nie kameraman, cik Wan kenal Derus pada bapaknya. Nie anak berdua datang kenapa. Nak buat dokumentari tentang surau nie ke ?? tanya bapak Derus. Macam nie pakcik, khabarnya ada sejadah berwuduk kat sini, tu yang kami bergegas datang ke sini kata mat wartawan. Bapak Derus naik bingung. Tak penah pulak dia tengok dengan kepala matanya sendiri. Betul bapak tadi masa Derus sampai, Derus nampak sejadah tengah ambil wuduk kat sana kata Derus. Dengan tak sewenangnya bapak Derus yang tadi konfius gelak siap berguling lagi. Mereka bertiga naik hairan. Kenapa pakcik gelak ?? tanya mat wartawan. Mana aku tak gelak. Sejadah tadi sengaja aku letak kat sana, nak basuh. Yang kamu nie cepat sangat percaya kat anak aku sorang nie kata bapak Derus sambil mengesat air mata gelak. Muka wartawan dan partner dah berubah, buang masa saja datang, tak guna punya budak.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu