Sejenis Sajian Bernama Lawa

Lawa, bukannya bermaksud cantik atau dalam english beauty. Lawa ni kalau anda semua nak tahu sejenis makanan orang-orang kat dalam negeri Kelantan. Tapi yang sayangnya bukan semua orang even Kelantanese tahu benar pasal hidangan bernama lawa nie. Kiranya boleh dikatakan hidangan nie exotic lah kerana bukan semua orang buleh sediakan.

Lawa nie kalau anda semua nak tahu sejenis kerabu yang dibuat menggunakan ikan mentah, ya, diulang, ikan mentah, ala-ala makanan jepun pulak. Dan bukan semua spesies ikan boleh dibuat lawa, kata orang tua, tak akan jadi, nak kena guna ikan tambang jugak, barulah lawa nie menjadi dan sedap untuk dimakan.

Cara penyediaannya, aku takleh nak cerita kerana aku pun tak pernah tengok macam mana rupa lawa nie. Aku tahu nie pun berkebetulan tengah tengok Taste of Indonesia, adalah klip pengacara tengah try shasimi ikan merah, nenek aku pun tersebutlah orang kita pun makan ikan mentah jugak. Ada jugak aku tanya nenek aku macam mana nak buat lawa, dia pun takleh nak cerita sebab dia pun tak berapa pandai tapi dia cakap adiknya pandai buat lawa. So, aku on plan nak berkunjung kerumah nenek sedara aku. Nak tanya dia macam mana nak buat lawa. 

So soon, kalau aku dah tahu secret nak buat lawa, akan aku share kat sini untuk hidangan pengunjung blog nie.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu