Universiti Malaysia Kelantan Naik Taraf Tiga Kampus

KOTA BAHARU, 15 Feb (Bernama) -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan menaik taraf tiga kampusnya bagi mencapai hasrat menjadikan universiti itu antara institusi pengajian tinggi awam terkemuka.

Naib Canselor UMK Prof Dr Raduan Che Rose berkata kampus di Kota Baharu, Bachok dan Jeli akan menempatkan fakulti yang berbeza bagi memudahkan proses pembelajaran.

"Kampus Kota Baharu di Pengkalan Chepa akan dikenali sebagai Kampus Kota UMK khusus untuk program perniagaan dan keusahawanan, kampus di Bachok akan dikenali sebagai Fakulti Seni Kreatif Teknologi dan Warisan manakala kampus di Jeli akan dijadikan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli," katanya kepada pemberita di sini Rabu.




Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu