Kegilaan Smartphone

aku boleh kata kat malaysia sekarang nie tengah melanda satu fenomena bukan setakat generasi Y tapi habih segala macam generasi dilandanya. Apakah fenomena itu ? Tidak lain tak tidak bukan ialah fenomena smartphone.

Kalau dulu, smartphone memang spesies yang jarang-jarang dan exclusive. What i means here is no all people can afford to have one. Seingat akulah pada zaman tersebut ( macamlah berdekad-dekad ) yang pioneer dalam penjualan smartphone kat Malaysia adalah Nokia, O2 dan blackberry. Hanya ade tiga seingat aku. Kalau ade yang lain takyah segan-segan nak comment kat sini ok. Yes, harga memang mahal dan aplikasinya taklah secanggih macam sekarang. Pasal jualan pun diorang target executive yang kena check email 24 jam takut-takut ade bisnes baru. Time is money. Money is time. Size smartphone masa tu besar gedabak macam pensil case tapi slowly makin slim dan slim.
Zaman sudah berubah. Smartphone makin canggih, makin slim dan yang paling penting makin murah. Mana taknya, dengan RM 500 pun, seseorang dah boleh miliki smartphone. Brand pun dan pelbagai tak macam dulu. Yang terkedepan sekarang Iphone dan smartphone menggunakan aplikasi android seperti Samsung Galaxy, htc, LG dan sebagainya. Brand Nokia dia slow sikit dan sekarang baru nak catch up dengan brand lain dengan pengenalan Nokia Lumia yang menggunakan Windows sebagai os nya. Al hasil, ramailah sekarang yang dah berpunya smartphone, bukan setakat businessman macam dulu, tapi boleh kata kebanyakkan orang even budak sekolah menengah pun dah ade smartphone. Boleh aku kata smartphone bukan lagi seexclusive dulu, macam dah jadi kebiasaan.

Kalau telefon pandai tak guna jugak kalau owner dia tak berapa nak pandai. Ade hari tu aku terbaca kat surat khabar, hari ape entah, lupa lak, membincangkan pasal penggunaan smartphone nie. Ramai yang beli smartphone mahal tapi applikasi yang ada kat dalam tu tak tau pun gune wak ape. Pastu lagi ramai yang guna sekadar untuk bercakap dan hantar sms, dua perkara yang tak memerlukan seseorang untuk shift ke smartphone, cukup sekadar handphone biasa. Tapi biasalah, smartphone dah jadi trend, kalau kawan kita pakai takkan kita masih nak kekal dengan phone zaman kuno. Mesti nak tukar jugak baru setanding dengan orang lain.

Dan lagi ramai yang tak berapa reti lagi pasal smartphone nie. Ramai yang terkejut bila bil bulanan sampai, ade yang mencecah ratusan ringgit. Kebanyakkannya yang kena tu pulak adelah yang masih tidak berpendapatan macam student skolah takpun universiti. Kenapa boleh cecah ratusan ringgit tu ? Sebabnya bila diorang guna internet via smartphone, sesetengah tu pakai bedal jea tanpa fikir kos bil nanti sebab charge yang dikenakan berdasarkan berapa banyak data yang digunakan . Diorang jugak, sesetengah, memang tak tahu pun pasal plan atau pakej supaya bila guna internet, dalam kadar berpatutan bila sampai bil nanti.

Seharusnya bila dah pakai smartphone tu, kenalah tanya syarikat telekomunikasi, pakej apa yang patut dipakai dengan kemampuan diri. Diorang memang sedia membantu. Al maklumlah nak jaga pelanggan. Yang untungnya kita jugak. Takdelah sampai bil sampai ratus-ratus sebulan. Kalau yang jenis surf internet ala kadar tu, ambik pakej yang murah pun dah cukup dan ianya less than 100 ringgit per month !! Kan tidak membebankan.

Sebagai penutup, macam kata-kata orang tua, bijak membeli, menang memakai. Janganlah pulak bila membeli, poket pun pokai.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu