Ahad, 18 Mac 2012

Makan Mee Celup Di Pasar Siti Khadijah

Hari tu teringin nak makan mi celup. Kebetulan hari tu shopping nak kahwin kat atas Pasar Siti Khadijah, so aku dan yang followed aku naik ke tingkat satu. Ramai kenalan kata mi celup kat sini sedap. Sedap betul ke ?? Kalau nak tahu kena try dulu baru boleh bagi comment.

 Central Pasar Siti Khadijah. Paling banyak keluar as photo dalam magazine dan etc

Meriah sungguh. Beli kuih nak buat bekal balik KL kot

Kat tempat makan pun ramai orang. Makanan Kelantan kan famous 

Tak menang tangan tokey gerai

Kebetulan minggu nie adalah school holiday, memang ramai takleh blah orang luar bercuti kat Kelantan. Dekat dalam Pasar Siti Khadijah pun turut sesak dengan orang ramai. Penat jugak orang ramai nie. Naik kat tingkat satu, aku terus ke gerai sebelah kiri seperti diberitahu oleh orang yang suggest suruh makan kat sini. Sedap kot sebab lama jugak kami tercegat kena tunggu turn. Dapat tempat duduk pun kena berhimpit. Takpe berhimpit kalau mi celup sedap. Lepas order mi celup lauk campur, kenalah tunggu. Sambil tunggu tu sempatlah jugak snap photo kat belah tingkap tepi. Panas sungguh hari tu. Memang menyengat.

 Memang panas

Makcik sebelah jual nasik lauk pauk

Kat sini pun ade jual mi celup jugak

Cepatlah sikit buat mi kawe kakok weh...Lapar doh nie

Busy sungguh prepare air ordered oleh pelanggan

Air ambo siap doh ke ??

Order pesan dah sampai. Semangkuk mi celup. Emmm...memang sedap. Tak rugi aku tunggu lama dan berhimpit. Oklah nak makan dulu...

Semangkuk kuey teow celup....Sedap wehh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...