Terbang Dengan Firefly Dari Kota Bharu Ke Johor Bahru

Firefly Lancar Penerbangan Kota Baru-JB, Subang-Hat Yai

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan komuniti, Firefly, memperkenalkan dua laluan baru iaitu Kota Baharu-Johor Baharu (JB), mulai 26 April dan Subang-Hat Yai, bermula 2 Mei.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Firefly berkata penerbangan Kota Baharu-JB adalah bagi setiap Selasa, Khamis dan Ahad manakala Subang-Hat Yai setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Ketua Pegawai Operasi Jarak Dekat Malaysia Airlines dan Firefly, Ignatius Ong berkata penerbangan baru ini bagi memenuhi keperluan pelanggan perniagaan dan liburan dari Kota Baharu yang mahu penerbangan terus dengan masa yang sesuai ke Johor.

"Perkembangan pantas di Iskandar Malaysia menjadikan Johor destinasi yang semakin menjadi pilihan memandangkan ia juga bertindak sebagai pintu masuk yang sesuai ke Singapura.

"Hat Yai juag merupakan pintu masuk ke wilayah Satun dan Trang, kedua-duanya destinasi pulau popular," kata beliau.

Ong berkata penumpang bagi laluan Subang-Hat Yai akan terdiri daripada warga Malaysia serta pelancong asing.

Jualan tiket ke destinasi baru ini akan bermula 16 Mac dan boleh dibeli daripada laman sesawang www.fireflyz.com.my, lapangan terbang Firefly dan pejabat tiket bandar serta melalui ejen pelancongan. - BERNAMA

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan