Tok Bali Berubah Dengan Projek Pelabuhan Tok Bali

[ Post updated ] Sedikit info mengenai pemaju pelabuhan Tok Bali

EAST COAST TERMINAL SDN BHD is incorporated in Malaysia under Companies Act 1965 on May 7th 2008 will a paid up capital of RM 5,000,000.00. The company tried to establish itself as a player in the marine services and providing marine facilities in the state of Kelantan.

Currently the company is developing Portokbali MALAYSIA as the new focal point for marine services for economic activities around South Thailand, Kelantan, North Terengganu and Indo-China. The first phase of the project has started since 1st of August and is expected to complete by June 2012. 

[ Post updated ] Melalui apa yang aku jumpa informasi kat internet, pelabuhan nie akan dibina berperingkat dan memang betul ada terminal untuk angkut kontena macam pelabuhan lain kat malaysia.




 Al Sultan Kelantan diberi taklimat tentang projek Pelabuhan Tok Bali
Source : ptjpp

[ Post asal ] 3.2 BILLION UNTUK BANGUNKAN TOK BALI

Tapak projek pelabuhan
Source : skycrapercity.com


Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abd Aziz sedang melihat pelan pembangunan Tok Bali

Perasmian oleh KDYMM Sultan Muhammad V

PASIR PUTEH, 29 Mac (Bernama) -- Tok Bali, dalam kawasan Pembangunan Ekonomi wilayah Pantai Timur (ECER), akan dibangunkan sebagai bandar baru perikanan, membabitkan pelaburan bernilai lebih RM3.2 bilion.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan pusat melabur sebanyak RM230 juta manakala swasta melabur sebanyak RM3 bilion.

"Antara pembiayaan terbesar kerajaan termasuk pembinaan struktur Taman Perikanan Bersepadu RM71 juta, pusat pendaratan dan pengumpulan ikan RM100 juta," katanya ketika berucap pada majlis perasmian pecah tanah projek pelabuhan Tok Bali di sini, Khamis.

Mustapa yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata projek lain termasuk universiti maritim dan pembinaan kapal bernilai RM41 juta serta infrastruktur pengeluaran ikan akuakultur (RM10 juta) dan pusat pelancongan dan membeli-belah (RM3 juta).

Beliau berkata jika semua projek yang dirancang berjalan lancar, Tok Bali akan menjadi bandar baru nelayan paling maju di rantau ini menjelang 2020.

Mengenai pelabuhan berkenaan, Mustapa berkata Kementerian Kewangan meluluskan lesen untuk pangkalan bekalan bagi industri minyak dan gas luar pantai kepada pihak swasta iaitu East Coast Terminal Sdn.Bhd.

Mustapa berkata pembinaan pelabuhan itu bertepatan dengan kemajuan pesat ekonomi China, Jepun, Korea, Kemboja dan Vietnam.

Beliau berkata pelabuhan itu akan memberi kemudahan kepada kapal-kapal dagang dari Laut China Selatan untuk urusan import-eksport di Malaysia dan ke seluruh dunia.

"Pelabuhan itu dibangunkan hasil kerjasama kerajaan negeri dan persekutuan, dan ia membuktikan kepada rakyat bahawa kerjasama pusat dan negeri penting untuk memberi manfaat kepada rakyat, terutama dalam meneydiakan peluang pekerjaan dan perniagaan, khususnya dalam industri pelancongan.

Source : BERNAMA

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu