Unsung Heroes

Selalunya kalau ditanya sape hero idola, jawapannya dah memang dijangka, artis itu inilah, icon sana situlah. Tapi sometime kalau difikirkan balik, impak personaliti yang dikatakan hero kita tu takdelah ape sangat pun, zero in sum.

Disini aku ingin nak mengetengahkan hero-heroin kita yang jarang kita pandang pun. Padahal, impak kerana mereka dalam kehidupan kita adalah significant. Jasa mereka besar walaupun dalam pandangan kita enteng saja dan tak terlintas lansung kat dalam fikiran kita. Siapakah mereka itu ? 

Itulah mereka. Mereka yang menyapu membersihkan bandar kita ditengah panas terik dan kadang-kadang tengah malam dikala orang lain sedang enak tido. Mereka yang menguruskan supaya jamban kita berjalan smoothly. Mereka yang bergelumang dengan bau sampah menusuk kalbu tapi digagahkan juga demi menjalankan tanggungjawab. Sebenarnya ramai lagi tapi aku tak tersebut disini. 

Bukan semua orang mampu melakukan tugas seperti mereka dan patut kita hargai dan appreciate apa yang mereka lakukan. 

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu