Handphone iphone Dan Kereta BMW 3 Series

iphone, Samsung Galaxy, laptop Mac, kereta BMW, branded seluar baju...List yang tak abih apa yang aman duk idamkan dan impikan. Kalau ade duit memang semua aman nak beli.

Aman nie bukannye datang dari keluarga yang senang lenang kaya raya, cuma dari keluarga yang boleh kate sederhana sahaja. Nak beli ape yang aman sebut kat atas tu memang tak mampulah.

Dulu, bila dah tahu kat mana tempat yang dapat untuk sambung belajar, aman risau jugak sebab yelah kalau nak harapkan sepenuhnya duit family memang tak mampulah tapi aman bersyukur sangat sebab tak lama lepas dapat tahu keputusan kat mana nak tuju, permohonan pinjaman diluluskan. Alhamdulillah. Tak payah lagi aman duk risau mane nak cari fulus buat makan dan paling penting nak bayar fee tiap-tiap semester. Dapatlah aman belajar nanti dengan penuh khusyuk dan aman senantiasa.


Almaklumlah, bila dah menetap kat luar dari negeri sendiri [ mase belajar ari tu ], memang banyak dugaannya. Aman taknak fokus dugaan lain, hanya nak fokus untuk dugaan material. Tengok kawan sebelah, mak ooi, handphone, canggih amat, siap aplikasi macam-macam, entah berape ribu yang dia beli. Kalau aman pegi kelas dengan bas [ kalau kelas awal pagi, maknanya awal jugaklah untuk aman tunggu bas, malas nak berebut dengan orang lain ], rakan-rakan yang lain semua bawak keta, paling koman pun bawak motor [ masalahnya aman tak reti bawak motor dek phobia yang taknak aman cerita kat sini, lain kali aman cerita ]. Tengok yang lain mampu pegi makan sedap-sedap kat luar dan mahal-mahal. Yelah, kita nie manusia. Dah tengok orang lain lebih, dah tentu kita pun teringin nak benda sama jugak. Memang aman teringin benaaar mase belajar ari tu nak jugak macam kawan-kawan yang lain. Tapi kalau aman ikut aje kehendak diri nie, alamatnya poket aman terlebih tembus dan hangus la jawapannya.

Aman yakin korang mesti jugak mengalami seperti ape yang aman alami. Bila tengok rakan-rakan lain hebat-hebat belaka, kita jugak nak jadi macam diorang, be up to date. Aman tak nafikan certain people can afford to get everything sebab diorang mampu. Masalahnya, yang jenis macam aman nie, tak berape nak mampu tapi sanggup jugak habiskan duit yang sepatutnya digunakan untuk bayar yuran dan duit poket, untuk dibelanjakan bagi hal yang tak sepatutnya. Tak kesah lah, biar papa asal bergaya. Tapi bila papa nak buat ape ?? Bila dah takde duit, startlah nak pinjam sini sane, monyok memanjang.

Disini pentingnya untuk kita tahan kehendak kita yang bukan-bukan tu. Sebelum beli, kena fikir benda tu penting sangatkah buat kita. Perlu ke untuk kita pegi tengok wayang tiap-tiap minggu. Kalau tak makan makanan yang mahal-mahal takleh ke. Kena fikir panjang. Duit nie diperlukan untuk hal lain yang lebih penting. 

Begitu jugak pentingnya pengaruh rakan seperjuangan dan tidak seperjuangan. Kenapa aman kata penting sangat pengaruh rakan nie. Sebabnya ianya mampu mendorong diri kita nie untuk membuat keputusan. Ianya mampu mengubah keputusan kita dari tak jadi kepada jadi. Contohnya, aman dulu ade kawan yang kalau aman tanya pendapat dia, dia mesti cakap kalau nak sesuatu, beli jea, takyah duk fikir panjang-panjang. Kan nanti tak beli menyesal. Orang lain dah ada takkan kita taknak ada sama. Kalau aman ikut jea pendapat free kawan tu, confirm aman akan menyesal nanti. 

Tapi aman ada juga kawan-kawan yang bagus pengurusan kewangannya. Walaupun sesetengah tu memang anak orang berada tapi betapa cermat dan kena fikir dulu attitute tu yang aman respect. Siap diorang bagi syarahan free kat aman betapa pentingnya kena jaga macam mana kita pakai duit, jangan duk berjoli sakan. Nanti susah sape nak tolong. Memang aman suke berkawan dengan diorang nie sebab at least sikap baik diorang tu kena juak tempias kat aman. Betullah macam apa yang orang tua cakap, kalau kita berkawan dengan pembuat besi, sedikit pun mesti terkena tempias api dan asap. Dan jika berkawan dengan si penjual minyak wangi mesti walaupun sedikit terkena juga tempias haruman minyak wangi. 

Sekarang aman dah keja dan alhamdulillah ape yang dulu aman nak sekarang aman boleh kata aman boleh beli. 

Tapi sekarang aman boros ke ?? Tak jugak. Same macam zaman universiti dulu, nak beli sesuatu kena fikir dulu except untuk buku. Dengan ilmu takleh nak berkira. 

Alhasil, niat aman untuk tukar telefon sebab yang lama nie dah uzur tak jugak tukar-tukar sampai sekarang. Sikap fikir dan selidik dulu sebelum beli membuatkan aman tak beli-beli penggantinya. Nie dah masuk bulan ke empat bila mana aman bercadang untuk beli phone baru. Tak ape beli lewat tak kisah jangan terburu beli sudah. Kan menyesal tak pasal.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu