Ibarat Sebuah Kapal


Daripada Al Nu’man bin Bashir, baginda s.a.w bersabda, maksudnya :

Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran-ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan. Sebahagian daripada mereka memperoleh tempat di atas dan sebahagian yang lain memperoleh tempat di bawah. Orang yang berada di bawah naik ke atas untuk mengambil air, mereka mengganggu orang yang tinggal di atas. Kemudian orang yang berada di atas berkata :

“Kami tidak akan membenarkan kamu naik menyakiti kami”

Lalu orang yang berada di bawah berkata :

“Sesungguhnya kami menebuk lubang pada kapal di bahagian bawah untuk mengambil air”

Kalau mereka menahan tangan mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada di bawah itu, maka selamatlah semuanya, tetapi sekiranya mereka membiarkan sahaja, mereka akan tenggelam kesemuanya.

Riwayat Al Tirmizi


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu