Kerajaan Kelantan Umum Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai

[ Post baru ] 

(Gambar: Husam menunjukkan jajaran Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai.)

Dan pada 28 Mei ini akan mencatat satu sejarah baru negara apabila majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya tersebut akan diadakan berhampiran Felcra Berangan Mek Nab, Machang.

Jajaran lebuhraya pertama di Kelantan itu akan melalui Hutan Lipur Bukit Bakau. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, projek sepanjang 33 kilometer tersebut dikendalikan Menta Contruction Sdn Bhd dan Konsortium Temokin Vila Jelas JV Sdn Bhd.
Katanya, projek berkenaan akan dimulakan di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai merupakan tanah milik kerajaan negeri.


“Projek itu dimulakan di seksyen III sebagai langkah untuk menjimatkan masa kerana ia tidak perlu melakukan pengambilan balik tanah rakyat.

“Manakala jajaran bertingkat dari Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu ditangguhkan sementara bagi menjimatkan kos,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.

Selain itu katanya, kos pembinaan dapat dikurangkan dengan memperkenalkan pendekatan gotong royong, di mana orang ramai yang berminat boleh menderma iaitu batu kuari, pasir dan sebagainya.

Kata Husam konsep gotong royong diperkenalkan bukan bererti kerajaan negeri tidak berkemampuan, sebaliknya bagi menanam semangat kerjasama di kalangan rakyat.

“Syarikat yang terbabit dengan aktiviti kuari di sepanjang lebuh raya akan juga memperolehi manfaat,” ujarnya.

Beliau berkata, sebelum ini orang ramai hanya terdedah menderma untuk pembinaan masjid dan madrasah sahaja, manakala derma bagi pembinaan jalan raya masih agak asing.

Beliau juga berharap syarikat yang terbabit dengan industri minyak di Kelantan juga dialu-alukan untuk menyumbang.

Katanya, projek lebuh raya berkenaan dijangka siap dalam tempoh lebih dua tahun selepas mengambil kira musim tengkujuh.

“Kerajaan negeri berhasrat menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir pada majlis pecah tanah kerana beliau pernah menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya itu dalam RMK-9,” ujarnya.

Husam juga memberitahu lebuh raya tersebut akan mempunyai laluan khas untuk binatang liar di sepanjang laluannya.

“Kerajaan negeri mengutamakan konsep mesra alam dan mengambil kira keperluan makhluk  lain,” tambahnya.

Katanya juga apabila ia siap sepenuhnya, Kelantan menjadi negeri pertama membina sendiri lebuh raya sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan.

[ Post lama ]


Berita gembira untuk rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan mengumumkan akan memulakan pembinaan fasa 1 lebuhraya KB – Kuala Krai sepanjang 63 km penghujung Mei ini. Lebih mengembirakan lagi, highway yang akan dibina nanti bebas dari tol. Ini bermakna kita dapat memandu kat highway nie free of charge lah.

Menurut Husam Musa, selaku exco negeri, fasa 1 ini melibatkan kerja tanah dari Keroh, Kuala Krai ke Bukit Bakar, Machang. Menurut Husam lagi, pembinaan highway KB – KK nie terdiri daripada 3 fasa dan fasa ke2 dan ke3 akan diumumkan dimasa akan datang.

Pembinaan lebuhraya ini dijangka menelan belanja 1.9 billion ringgit dan ditangguh sepenuhnya oleh kerajaan negeri Kelantan. Untuk kerja tanah ini saja sudah mencecah kos 200 juta ringgit.

Projek pembinaan lebuhraya ini akan dikendali, dipantau oleh Baldah Toyyibah dan akan mengambil masa dua setengah tahun untuk disiapkan.

Sebelumnya dari blog Husammusa

Kenyataan Media :PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI 

PROJEK PEMBINAAN LEBUHRAYA KOTA BHARU – KUALA KRAI

1.    Projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai telah dicadangkan oleh Kerajaan Pusat di bawah Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) tetapi tidak terlaksana sehingga ke hari ini. Ia telah diluluskan sekali lagi dalam Rancangan Malaysia ke 9  dan sebuah syarikat pemaju telah dilantik untuk melaksanakan pembinaan projek tersebut.

2.    Namun begitu sehingga kini projek tersebut tidak dimulakan. Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan Negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, Kerajaan Negeri Kelantan telah memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuhraya ini melalui inisiatif Kerajaan Negeri.


3.    Kerajaan Negeri Kelantan telah membuka tawaran bagi cadangan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai pada 2 Januari 2012 dan ditutup pada 9 Februari 2012. Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat.

4.    Untuk makluman, pembinaan lebuhraya sepanjang 73 km yang bertaraf R5 dengan 9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R & R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5- 1.8 Billion.

5.    Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan selepas Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat.

6.    Penelitian awal terhadap cadangan-cadangan tersebut pada hari ini iaitu 11 Februari 2012 dan pada umumnya Jawatankuasa ini berkeyakinan cadangan yang dikemukakan adalah berdaya maju. Insyaallah harapan rakyat Kelantan untuk mempunyai jaringan pengangkutan yang moden dan selesa akan dapat direalisasikan dalam masa yang terdekat.


YB Dato’ Hj Husam B. Musa
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan
dan Kebajikan Negeri Kelantan

Ulasan

  1. projek x jalan pun.....

    BalasPadam
  2. tiada bukti pun projek haiway tu.... hanya cakap kosong saja. hampeh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tender untuk mencari syarikat baru baru dibuat bulan lepas. Inshaallah kita akan tahu syarikat mana akan diberi tawaran untuk pembinaan lebuhraya rakyat dalam masa terdekat nanti

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu