Makan Kat Restoran 2 Sebab

Kita pergi restaurant/kedai makan kerana dua sebab. Satunya kerana makanannya sedap dan kedua servicenya 1st class.
Ramai yang mengandaikan hanya restaurant yang mahal-mahal yang memberi layanan terbaik. Kalau gerai tepi jalan tu dah tahu servicenya macam mana. Tak semestinya begitu. Kadang-kala, kedai makan biasa pun mampu memberi layanan terbaik kepada pelangganya.

Aman dah pernah merasa makan di banyak tempat dan sememangnya tempat mahal tak semestinya menjanjikan sedap dan service yang dikasi bagus. Bukan perkara pelik untuk tidak dilayan dalam tempoh yang boleh diterima kita sebagai pelanggan. Tunggu punya tunggu tak datang-datang ambil order tapi nampak pekerjanya ramai tapi semua tengah bergelak berborak sakan. Bossnya ada di situ tapi buat dek. Ada juga yang apa yang diorder tak sampai-sampai. Kita sebagai pelanggan ni sabar menunggu tapi bayang makanan tak nampak apa pun. Nak kata busy tak jugak sebab pelanggan pun tak seberapa sangat. Agaknya anda rasa nak pegi lagi tak ke kedai macam nie. Kalau aman, that's last time for me to put my foot here. Ya, betul kita tak pegi ke depan memaki hamun tuan atau pekerja restaurant tapi boikot senyap macam nie lah yang sebenarnya lebih menakutkan. Sebabnya owner tak tahu pun apa silapnya, atleast kalau customer pegi sound, oklah juga dapat tahu apa yang silapnya. Last-last duk fikir kenapalah kedai aku nie makin lama makin kosong tak sedar yang service kat situ macam haram. Cukup bulan tutup kedai. Lingkup.

Bagi aman, makanan tak sedap lain kira sebab benda tu boleh diimprove. Yang tak tahan layanannya. Kalau makanan pun dah tak sedap, service pulak teruk, memang resepi sesuai untuk menggalakkan orang ramai untuk tidak makan kat kedai tersebut.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu