Makan Di Restoran Rangnok


Restoran Rangnok Kota Bharu diwaktu malam

Makanan ala Thai memang common di Kelantan. Mungkin jugak sebab Thailand dah tak jauh mane menyebabkan pengaruhnya agak kuat di Kelantan. Antara yang biasa kite jumpa sudah tentu tomyam dan somtam.

Berkebetulan ade restoran baru bukak kat belah Tunjong. Kawan aman dari minggu lepas lagi suggest untuk try lunch kat situ. Kononnya kat situ menyajikan makanan original Thai. Bukannya taknak pegi tapi sebab jauh sangat dari office, lebih kurang 20 minit nak pegi sana.

Tapi kali nie kitaorang decided nak jugak pegi try makan kat sana. Of course aman setuju nak pegi kali nie sebab naik dengan kereta kawan. Aman nie spesies yang malas nak bawak kereta. Lagi best jadi penumpang.



Sampai-sampai saja kat sane, fuhh...ramai kereta yang parking. Nie mesti ramai orang, aman fikirlah. Kat situ clear signboard Rangnok Restaurant, authentic Thai’s food. Cantik restaurant nie. Fully wood. Kat dalam pun lawa. Almaklumlah baru 1 bulan bukak.

Kami pilih meja menghadap sawah. Baru syok nak makan nanti. Menikmati makanan sambil menikmati pemadangan sawah nun terbentang luas.

Bila waiter sampai, dia hulur menu. Berkerut dahi kami. Semua dalam bahasa Thai. Mana kami faham. Selepas sedikit perbincangan, kami ambil package yang ade 4 lauk. Datang 3 orang takkan nak amik lebih-lebih, kan tak abih sedare setan pulak. Lauk kami ambik adalah seperti berikut :
  1. Tom kha kai.
  2. Kai hor bai toey
  3. Pad khana pla kem
  4. Pla neung kim boey


Sampai aje order, apa lagi, ngaplah. Semua sedap especially tom kha kai, abih aman hirup. Yang aman tak berape nak gemar pla neung kim boey sebab rasa tawar sikit. Overall memang kami puas hati sampai tambah nasik 2 3 kali. Boleh kate untuk next time boleh pulak makan kat sini.

Ulasan

  1. Balasan
    1. sama-sama.Sudah menjadi kebiasaan kepada aman untuk comment setiap restaurant yang pernah dikunjungi. Dan selalunya restaurant yang ok sahaja yang aman post kat sini. Yang tak ok nak post buat apa, buat habih tenaga saja.

      Diharapkan pihak pengurusan rangnok restaurant dapat mengekalkan mutu makanan seperti sekarang.

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu