Jumaat, 18 Mei 2012

Tip Jimat Wang : Tahu Had Anda


Jika ditanya, setakat mana limit anda, ianya soalan senang jika berkaitan makan atau berape jauh anda boleh berlari. Tapi, soalan nie jadi susah bila berkaitan dengan wang, boleh berkerut dahi anda dibuatnya kerana anda sendiri pun kadang-kadang tak pasti berape had belanja yang anda tetapkan untuk anda. Ada benda menarik beli, takde duit pakai kredit dulu. Seolah-olah tiada limit lansung untuk berbelanja.

Tapi takkanlah nak tunggu sampai tengok tiada sesen pun dalam bank atau kad kredit dah sampai limit guna baru nak sedar kita dah sampai tahap maximum berbelanja. Waktu tu dah terlambat kerana bukan setakat takde duit, hutang ribuan ringgit kad kredit pulak menunggu. 


Sebab itu kali nie aman nak share sedikit apa yang aman tahu berkenaan cara mudah nak control dan limitkan berape banyak wang kita belanja.

Awas lelaki
Tahukah anda yang bergelar seorang lelaki, anda akan berbelanja lebih dari yang sepatutnya kalau keluar membeli dengan rakan-rakan anda. Eh, kenapa boleh jadi macam tu ? Reasonnya anda nak menunjuk power. Power yang cuba untuk membuktikan anda can afford everything walaupun ianya cause your pocket.

Fizikalnya
Cuba anda tengok trolley supermarket. Tak rasa besar tak ? Menurut satu kajian, shoppers membeli 30 peratus lebih banyak bila trolley kat supermarket tu bersaiz besar. Biaselah sebab kita perasan macam beli tak cukup aje padahal tak sedar yang size trolley tu yang bertambah. So kita sanggup ambil item-item yang tak diperlukan semata-mata nak memenuhkan trolley. So itu elakkan jadi macam nie, elok buat list apa yang patut beli dan terus ambik apa yang perlu beli. Jangan pulak beli benda yang tak sepatutnya. Ikut dengan strict apa yang ada dalam list. Kalau takde dalam list, takyah beli.

Dan jika nak beli barang tak banyak, takyah ambik trolley, ambik jea bakul kecik.

Budget
Pasal budget nie semua orang tahu tapi yang  problemnya orang nak ikut ke tak budget yang dibuat tu. Jika anda betul-betul ikut apa budget yang ada buat tu, sudah tentu anda takkan overspending. Disiplin itu penting.

Wang ke kad kredit
Ape kata kalau nak membeli tu, anda tinggalkan kad kredit kat rumah. Pastu duit yang dibawa tu pulak cukup-cukup untuk beli apa yang patut dibeli. Dengan buat macam nie, kita akan lebih alert dengan harga barang dan lebih rajin buat perbandingan mana yang worthwhile untuk beli. Jika dengan kad kredit, dah tak kisah berape ringgit, minat ambik pastu pulak mase swipe kat kaunter tu tak rase macam duit keluar.

Ingat ! Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...