Dunia Fantasi Ke Alam Realiti




Dalam kita menjalani hidup ini, kita sentiasa dan selalu mengharapkan yang baik-baik belaka. Semuanya mesti perfect dan indah belaka. Tapi sayangnya, selalunya cerita tak begitu. Apa yang diharapkan tak semestinya berlaku. Kita harapkan kebahagian tapi yang hadir kesengsaraan. Kita harap kegembiraan tapi yang hadir adalah kedukaan dan kemurungan. Seolah-olah segala semua benda yang kita harapkan tak lebih dari dunia fantasi yang hanya datang berkunjung didalam mimpi.
Tapi benarkah begitu ? Adakah tidak mustahil untuk menjelmakan alam fantasi ke alam reality ? Apa pendapat anda ?

Kita ambil satu contoh mudah. Selalunya masa kita tengah mabuk bercouple, semuanya indah. Lautan api sanggup diredah. Bintang dan bulan sanggup dikutip. Tapi apa selalunya jadi selepas kahwin [ kadang-kadang bercinta dengan orang lain berkahwin dengan orang lain ], tak sempat apa-apa dah gaduh besar, silap haribulan bercerai. Kenalan aman ada bagitau kawannya tak sempat sebulan kahwin dah bercerai. So, mana pegi lautan api dan bulan bintang masa bercintan cintun ? Takkan baru sedar kot semua tu hanyalah cerita dunia khayalan kot.

Tapi sebenarnya boleh menukarkan lautan api dan bulan bintang itu kealam nyata. Senang saja. Contohi saja macam mana rasulullah melayari dunia perkahwinan. Adanya tolak ansur, menegur dengan hikmah sang isteri, sikap romantic suami kepada isteri dan pelbagai lagi. Senang cerita suami isteri kena main peranan. Kena ada pull push factors. Insyaallah cerita Cinderella anda akan kekal dunia akhirat bukan setakat anak cucu saja.

Orang tua dulu tak sempat bercinta sebelum kahwin. Kebanyakkannya orang tua tolong kira. Agaknya sebab tulah walaupun dah 50 tahun berkahwin, tapi masih bahagia kerana cinta mereka mekar hanya selepas berkahwin. Cinta halal lebih berkekalan mungkin dari cinta couple kerana adanya number tiga. Sapa tu ? Faham-fahamlah sendiri sapa makhluk tu.

Begitu juga dengan persahabatan. Kita selalu mengharap yang terbaik macam cerita kayangan juga. Senang sama senang. Susah sama susah. Alih-alih, ketawa ramai-ramai, menangis sorang-sorang. Adapun ada juga semasa belajar kat university baik bukan main.  Macam ada magnet yang melekatkan kita. Tapi bila semua dah abih belajar dan bawa hala tuju masing-masing, bukan saja nak bersua muka, nak sms tanya khabar pun tak pernah.

Sekali lagi kita kena kembali kepada islam. Islam dah ajar macam mana nak mengekalkan persahabatan. Rasulullah pun dah tunjuk macam mana. Sebelum kita nak suruh sahabat menunaikan hak kita, kita sendiri dulu kena menunaikan hak sahabat. Kalau dah mereka sekalipun tak pernah bertanya khabar selepas dah abih mengaji, apa salahnya kita yang mulakan step dulu. Rasanya tak salahkan kalau kita start dulu.

Kita sangka bila nak buat sesuatu perkara, contohnya berniaga ataupun sambung belajar, macam senang saja. Kita dah berangan panjang selepas ini kita akan kaya raya, memakai jubah mengambil ijazah ketika convocation dan pelbagai lagi. Tapi rupanya dunia fantasi kita tak begitu dialam realiti. Duit dah banyak abih tapi sorang pelanggan pun tak dapat, hutang dah lah keliling pinggang, lepas tu pulak ada yang dengki membuat macam-macam supaya bisnes kita lingkup takpun dengan kita linkup sama. Yang mengaji pulak rasa menyesal. Rasa nak berhenti ditengah jalan.

Orang selalu kata tak susah nak susah, tak senang nak senang. Key utama adalah tak lain adelah sabar. Bersabarlah kerana didepan akan datang kemudahan dan jangan lupa sentiasa berdoa kerana doa itu adalah ubat mujarab bagi umat muslim. Mungkin sekarang buahnya pahit dan masam tapi dikemudian hari ianya manis dan lazat. Tengoklah bila kejayaan dah menjelma [ alam fantasi yang kita duk nantikan ] segala yang susah tu macam sesaat saja bagi kita. Tetiba rasa yang susah dulu2 yang kita rasa pahit menjadi manis bak madu.

Mungkin sesetengah akan kata bercakap senanglah, nak bertindak tu susah. Tapi kalau kita tak mula bertindak macam mana nak dapat hasilnya. Rasanya dapat tak semangkuk nasik kalau kita tak usahakan. So sekarang ayuh mulakan. Jelmakan dunia fantasi ke alam reality.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu