Sabtu, 28 Julai 2012

Kota Bharu : Baru Lama Yang Masih Under Construction

Sudah agak lama jugak aman tak update ape satu kat sini. Takdelah sampai berminggu pun just for few days. So, kali nie aman nak share serba sedikit ape yang tengah under construction kat Kota Bharu nie. Sesetengah aman dah pernah letak kat blog nie cuma kali nie nak update perkembangan projek terbabit. Dan ada jugak certain projects tu first time aman taruk kat blog nie.

Tahun 2007 adelah tahun happy untuk penduduk sekitar Kota Bharu dan Tumpat setelah kerajaan persekutuan meluluskan pembinaan jambatan kedua Sultan Yahya dan fly over merentasi jalan Hamzah hingga ke Wakaf Siku. Dengan siapnya projek ini nanti, akan mengurangkan kesesakan teruk disepanjang jambatan.

Tapi sayangnye projek ni yang sepatutnya siap 2009 masih tak siap-siap jugak mengalahkan projek jambatan pulau pinang. Hehehe




Ape jugak yang aman perasan yang tapak untuk De Muara Residence. Jadi ke tak projek nie sebab kalau aman perasan area tu nampaknya sedang terbinanya Istana Kelantan, kediaman rasmi Sultan Muhammad V.


Bagaimana pula dengan projek bandar baru Pasir Tumboh. Sebelum nie aman dah pernah letak gambar progress projek dan kali nie skali lagi aman letak yang latest. Melalui observation aman, progress memang slow.


Dan jugak Annaim Residence, slow lah projek kat sini


Mungkin nie kot tapak projek annaim residence


Perumahan strata aman tengok memang popular kat Kota Bharu nie. Masakan tidak, kiri kanan depan belakang developers pakat offer residential type nih. Kepada yang tak tau perumahan strata tu ape, maksudnya yang paling senang nak cakap type apartment, kondo, flat. Antara yang terlatest kat KB nie adelah kat jalan belakang sekolah Zainab, memang agak tersorok sikit location dia.

Laguna Park

Tapak Laguna Park

Ada lagi satu apartment tengah dibuat. Lame dah signboard naik tapi baru sekarang baru start pembinaannya. Kalau dulu Bayang Residence, sekarang Bayan Residence. Buang huruf g
Mcdonalds...salah satu fast food restaurant yang ade kat Kota Bharu nie. Khabarnya Mcd baru kat Taman Bendahara tu akan ade Mccafe. Betul ke ?? Aman takleh nak bagi jawapan. Tapi kalau tengok kat banner dia tu memang ade possibility.


Makin senanglah sikit lagi students UMK nak melepak. Yelah, sebelah UMK aje Mcdonalds nih. Takyah naik keta, jalan kaki 2 3 langkah sampai.

Dah tersasul lalu kat jalan sri cemerlang, sempat aman snap 1 gambar pembinaan D Perdana Sri Cemerlang.