Sembang Sembang


Soalan aman : Bila kali terakhir korang dapat the true conversation face to face with each other ??

Jika korang jawab hari-hari berkomunikasi melalui laman social, itu bukannya jawapan yang aman inginkan. Yes, memang aman akui laman social seperti Facebook, Twitter dan sms serta email banyak membantu kita berhubung dengan sahabat handai. Even yang tinggal beribu batu pun boleh kita communicate yang sememangnya mustahil sekali untuk diajak minum milo beng di kedai makan. Canggih bukan.

Kita berkomunikasi tapi semakin hari semakin kurang bercakap atau in English, conversation. Devices seperti iphone, laptop dan tablet seolah-olah bersatu melekat dengan kita. Tangan kita hanya berputar kat screen devices menggantikan komunikasi cara lama dengan komunikasi cara moden, less talk more words. Kita banyak berborak, berbincang, mengkritik, memberi cadangan, wish kat sape-sape dan entah ape lagi yang boleh dibuat. Tapi walau sehebat mane pun, komunikasi corak moden nie tak mampu menggantikan komunikasi cara lama where you talk face to face with real person.

Pernah tak korang rase walapun seaktif mana pun kat media social, tapi deep in your heart merasekan bukan macam ni yang kita nak. Apa yang kita nak sebenarnya adelah real conversation.

Ape yang aman rase perlunya kita start balik sembang-sembang dan borak in real, bukannya di laman social. Kalau hari jumaat boleh dibuat casual Friday kenape tidak hari lain boleh dibuat macam conversational Wednesday ke.

Jadi tak perlulah lagi kepala kita asyik mengadap kebawah kearah mobile phone atau tablet. Jom kita pandang ke depan mengadap orang betul bukan lagi screen.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu