Tak Berbaloi Baloi


Dua tiga hari lepas, aman ade ternampak komen tentang satu kedai makan kat Kota Bharu nie. Aman memang perasan lama dah dengan kedai makan nie tapi tak nampak pulak bukak untuk bisnes. Baru aman tau diorang bukak malam sahaja. Siang hari tak bukak. 

Sebab kat forum nie macam menggambarkan betapa sedapnya makanan kat kedai makan nie dengan makanan barat dan jepunnya yang asli, terlintas kat kepala aman nie nak pegi try sendiri. Yelah, kalau tak pegi try sendiri kita tak tahu claim kat internet tu betul ke tak, Betul ke nanti truly western ? Kan nanti macam tempat lain, lamb chop rase lain macam. Yang penting aman nak try makanan jepun sebab aman memang suka gila dengan makanan negara asia jauh yang satu nie. 

So, satu malam tu aman pegi ke kedai makan tadi. Tanpa fikir panjang aman terus pilih favourite aman, Japanese food. Nampak menu yang lain nampak macam sedap dengan nama yang panjang berjela-jela. Mesti sedap nie bermain dalam otak aman. Makan lain kali nak try western food pulak. Begitulah betapa terujanya aman.

Bila order dah sampai, aman dah start berkerut muka, intinya hanya isi ketam yang orang selalu guna untuk rebus yong tau fu. Takdak variety, sume sama. Tapi tak apa, try dulu. Emm...Rasanya sushi kat tesco lagi sedap dari kat sini. Tetiba rasa teruja hilang terbang ke awangan. Expectation yang aman letak tak sampai pun. Kecewa pulak rasanye. At least ingatkan mesti sedap macam Sushi King ke. Nasib baik aman tak try yang lain. 

So, ape yang aman boleh simpulkan, cerita kan forum tu tak lebih indah khabar dari rupa. Sebenarnya tak seberapa sangat pun. Aman boleh katekan lebih kurang macam kedai makan lain jugak. Tu jelah. Tapi takpe. At least aman dah try so lepas nie dah tak payah try lagi.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu