Merubah Fikir


Setiap hari, setiap masa, kena berfikir, fikir nak buat keputusan even untuk sekecil perkara, fikir untuk yang mana baik buruk, fikir yang mana terbagus memberi manfaat. Banyak lagi kita buat dengan fikir, start dari bangun pagi sampailah nak tutup mata dimalam hari.



Cuma yang beza bagi setiap individu itu adelah bagaimana ia berfikir. Kadang-kadang kerana usianya. Budak fikir cara budak, muda-mudi fikir cara mudanya dan si tua fikir cara tuanya. Tapi kadang-kala ade jugak special kes yang fikir tak kena pada tempat. Contohnya si tua senja yang cara fikirnya mengalahkan orang muda. Yang aman pandang tinggi adelah bagi yang fikirnya beyond his age. Walaupun usianya muda tapi pemikiran cukup matang, tidak mudah terpengaruh dan melenting dengan keadaan persekitaran.

Apa yang aman perasan, bukan aman tengok orang lain tapi aman observe diri aman sendiri. Bila kita makin meningkat usia, cara fikir kita makin lama makin berbeza. Aman berpandangan mungkin kerana bila kita makin dewasa, makin banyak tanggungjawab yang kita pikul. Kalau dulu setakat fikir nak study, fikir untuk diri sendiri tapi bila dah mengajak kealam pekerjaan nie, tanggungjawab bertambah. Oleh itu corak kita berfikir bukan setakat memikir impact kepada diri kita sendiri tapi bagaimana jugak impactnya kepada orang lain. Kerana, impact negative kepada persekitaran akan melantung balik, memberi kesan kepada kita. Sudah tentu kita taknak tanggung risiko berikut, kita kalau boleh nak mengurangkan seminima mungkin impact negative walaupun bukan zero percent. Kenapa aman cakap bukan pada zero percent sebabnya kita sebagai manusia lemah serba serbi tak boleh memuaskan semua orang. Pernah dengar cerita sang keldai, pemilik dan anaknya ? Macam cara dibuatnya, ditunggangnya keldai, keldai itu ditarik tapi masih tak mampu memuaskan orang disekeliling. 

Pada aman jugak, cara fikir kita jugak banyak dipengaruhi dengan sape kita bergaul. Kalau bergaul dengan cerdik pandai, alim ulama, sedikit sebanyak terpercik jugak kat kita. Kalau bergaul dengan yang tak berape nak betul, nanti kita pun macam tu jugak. Aman bukan bermaksud nak suruh rasa tinggi diri. Orang tu tak layak berkawan dengan aku sebab dia jahil. Bukan macam tu maksud aman. Jangan salah faham. Kita boleh bergaul dengan semua orang tapi macam mana kita control diri kita. Tanamkan target moganya kita mampu mengubah manusia menjadi lebih baik. Dan kita bergaul dengan orang yang terlebih baik dari kita supaya moganya kita pun macam tu jugak, menjadi manusia yang terlebih baik dari segala segi. Itu maksud aman sebenarnya.

Menurut Daniel Kahneman, pemenang hadiah Nobel dalam bukunya Thinking, Fast And Slow, individu ada 2 sistem yang Daniel gelar sebagai sistem 1 dan sistem 2. Sistem 1 adelah untuk perkara spontan macam mengelak bila terkena benda panas. Sistem 2 nie pulak adelah untuk membantu sistem 1, maksudnya dari respons spontan, kita fikir dulu sebelum membuat keputusan. 

Contohnya, beliau banyak bertanyakan soalan nampaknya seperti mudah untuk menguji sistem 1 dan sistem 2 invidiual. Ade 2 yang aman nak share kat sini untuk anda uji diri anda : 

If it takes 5 machines to make 5 widgets, how long would it take 100 machines to make 100 widgets ?

dan

In a lake, there is a patch of lily pads. Every day, the patch doubles in size. If it takes 48 days for the patch to cover the entire lake, how long would it take for the patch to cover half the lake ?

Ape jawapan anda ? Jawapannya ade diakhir artikel ini.

Kalau dulu, nak masuk pasal politik kejap, jika aman menerima inform tak kesah la samada artikel ataupun cakapan orang, aman terima bulat-bulat tanpa fikir panjang. Semua yang menyokong dan menyanggah pihak yang satu lagi, semua aman setuju. Dan sebaliknya jika dapat info yang tak kena dengan parti yang aman sokong, semua aman tak setuju, aman percaya itu hanyalah rekaan bukannya cerita betul. Teruk betul aman nie dulu. Tapi sekarang, aman ambik jalan tak menyokong mana-mana parti, aman lebih suka berdiri diatas pagar. Dengan cara ini setiap info yang aman dapat aman selidik dulu kesahihannya. Internetkan ada, petik aje apa yang kita nak tahu keluar. Di pihak PR ataupun BN, aman percaya kedua belah pihak ade yang baik buruk, nak kata comel semua sekali taklah jugak, kitakan tak perfect. Fikir macam nie lebih baik untuk aman dari bersikap defensive dan state of denial yang tidak menguntungkan aman. Apa yang penting, either PR or BN, mereka boleh memberi khimat dan benefit terbaik kepada rakyat. Jadi lain kali kalau anda baca berita, artikel dan blog yang berkait dengan politik nih, jangan percaya dulu, selidik, gunakan sistem 2 anda. Kita taknak sampai terainiaya sedara kita dek kerana obses sangat dengan mana-mana pihak. 

Banyak isu yang timbul sekarang seperti kurang sensitiviti tentang agama orang lain, seperti mengulas hudud sesedap rasa tanpa terlebih dulu memahami apa itu hudud. Kes memijak gambar dan kencing gambar pemimpin, kes mengibar bendera selain jalur gemilang, isu hapus PTPTN dan banyak lagi isu yang kadang-kadang aman pun naik bengong. Mane satu nak percaya nih.

Sebenarnya semua isu yang menerjah masuk keatas kita memerlukan kita berfikir secara rasional bukannya berdasarkan perasaan semata-mata supaya kita adil bagi semua pihak. Berpeganglah pada pendirian kita bukannya seperti lalang sekejap ke kiri sekejap ke kanan, mengikut arah angin membawanya. Pasal hal nie aman yakin ramai yang bersetuju dengan aman.

*jawapan bagi soalan kat atas : 5 minutes, 47 days

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan