Roti Bakar Sapu Kaya

Pernah makan roti bakar ? Kebiasaannya hidangan ringkas yang dimakan tak kira breakfast ataupun dinner, senang didapati kat mana-mana, dari gerai tepi jalan hinggalah ke kopitiam moden. Tak tahulah korang perasan ke tak, majoriti kedai membakar roti didalam oven, sangat sedikit yang betul-betul memanggangnya diatas bara api. Bukannya diorang taknak panggang roti secara traditional tapi faham-fahamlah ianya memakan masa dan tenaga. Lagi senang masukkan aje dalam oven, 2 3 minit dah pun tersedia untuk dihidang kat customer.

Aman sebetulnya tak pernah try pun roti yang dipanggang dengan charcoal. Tapi ade satu kesempatan tu, aman dapat merasa betapa sedapnya dan crisspynya roti yang dibakar dengan kaedah memanggang. Memang betul rasa lain dibandingkan dengan roti yang dipanggan didalam oven. Ditambah pula dengan sapuan kaya homemade bersalut butter. Emm..seghoti sedap.

Dek kerana masa berubah, keadaan berubah. Sekarang boleh dikatakan memang takde lansung kedai yang offer roti bakar yang dipanggang atas api. Aman dah try cari sekitar Kota Bharu, memang lansung tiada. Semuanya dah canggih. Pakat pakai oven, save time, more profit. 

Aman nak sangat merasa roti bakar yang dipanggang dengan arang, teringin sangat nak makan, dah takde cara melainkan aman sendiri yang buat. Habih cerita. Kat rumah aman memang ada bekas untuk memanggang sebab family tiap tahun masa hari raya buat satay, so bekas memanggang nie memang khusus untuk bakar satay. Walaupun tujuan asal memang untuk bakar satay, tapi kami dengan suka hati mempelbagaikan kegunaannya. Bakar ikan, sotong, daging, kepah, semua guna bekas bakar satay nie. Cumanya kalau nak memanggang selain satay, selalunya aman akan lapik dengan bata kat atas bekas, lepas tu diletakkan jaring kat atas. Kalau tak buat macam nie boleh hangit apa yang dipanggang sebab jaring yang tersedia tu amat rendah, terlalu dekat dengan api.

Jadinya, untuk start memanggang roti pula, aman kumpulkan dulu tempurung kelapa kering. Tempurung kelapa kering memang sentiasa ade kat rumah, kami beli kat kedai pastu jemur bawah sinar matahari supaya kering. Lepas susun elok-elok, aman hidupkan api dengan getah tiub basikal. Sikit jea tak banyak. Nak guna minyak tanah, sukar didapati sekarang, kat kedai-kedai runcit dah banyak yang tak jual. Kalau ade yang jual pun agak mahal. Bila api dah start hidup, tempurung pun dah menyala, baru aman taruk charcoal ,habih hitam tangan. Dalam keadaan duduk cokoh, aman tunggu sehinggalah api yang menyala tadi tinggal bara kemerahan. Lepas tu aman guna kayu untuk kumpulkan bara disatu tempat pastu baru letak roti bantal yang dah dipotong kat atas jaring. Aman balik-balik roti bantal nie supaya tak hangit. Mana sedap makan benda hangit. Dah rasa kedua belah kekuningan, menunjukkan roti dah cukup dipanggang, aman angkat bawak naik kedapur. Sedikit marjerin menggantikan butter disapu kemudian baru disapu dengan kaya. Bila aman makan tu bunyi kerangupan roti, emm..crispy nyee. Sedap yang amat. Rasa berbaloi sangat kerja keras aman tadi.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan