Isnin, 22 Oktober 2012

Facebook Tipu



Senak mate. Memang sakit mata kalau bukak Facebook nih. Memanglah tak dapat dinafikan Facebook nie baiknya aman dapat in touch dengan kawan-kawan yang tinggal jauh, ade jugak yang tinggal kat oversea. Tapi yang tak tahannya bila update entah apa-apa yang masuk. Iklan itu ini lah, gambar entah apelah dan macam-macam yang rasa aman tak payahlah cite kat sini, kan ade pulak yang terasa dan bukan niat aman nak buat sesiapa terasa.

So kali nie aman dah determine. Determine untuk melakukan overhaul keatas account Facebook aman nih. First sekali, ape yang pernah aman LIKE sebelum nie aman buat. Tinggal yang rase penting dan memang minat aman. Lepas tu aman unsubscribe semua sekali ape yang pernah aman subscribe sebelum nie. Dan perkara yang betul-betul aman buat dengan penuh detail adelah untuk tekan click unfriend.

Untuk yang aman memang kenal, memang pernah jumpah face to face, yang tu tak jadi hal. Yang jadi sulit  sikit yang memang aman tak berapa nak kenal. Kenal pun melalui facebook. So, aman check satu-satu. Tambahan pulak weekend nie free, so masa lapang banyak.

What a suprise !! Mostly kebanyakkan yang aman check aman boleh cakap itu adelah fake facebook. Mana taknya kalau rupa pun takde, sebarang info pun takde. Pastu ade jugak yang curi gambar sapa entah pegi letak kat profile picture dan claim tu gambar dia, itu satu kes, ade jugak kes yang upload aman pun taktau gambar sapa kat facebook dia, tujuan ape letak gambar orang lain kat facebook dia pun aman tak pasti. Timbul persoalan, owner gambar tu tak marah ke ?? Ape aman boleh cakap kebanyakkan tuan/puan gambar tu tak tahu pun gambar diorang telah diupload secara tak bertanggungjawab oleh orang lain. Haram jadah betul. Lepas tu ade jugak yang aman boleh cakap spesies weird, aneh dan ganjil. Motive ape diorang nie pun aman tak tau. So, memang layaklah semua nie aman unfriend.

Lepas overhauled besar-besaran tu, list of friends yang aman ade turun secara drastic. Tak ape sebab semua friends tu aman kenal. Maka bersih sudah facebook aman dari anasir-anasir yang tak perlu.

Kepada yang menggunakan facebook sebagai tempat untuk mengiklankan bisnes anda, memang aman tak marah dan memang amat support sekali. Tapi lama-lama tu adelah jugak rasa mengganggu jugak. So, ini nasihat ikhlas dari aman. Dari anda ade account facebook biase, kenapa tidak anda beralih kepada Page Facebook. Aman rase yang nie lagi suitable untuk pengiklanan kerananya sesiapa saja boleh lihat Page anda dan ianya tak terhad kepada Friends anda saja. Rasa susah nak ajak orang LIKE ?? No need to worry. Boleh mintak bantuan Friends anda untuk LIKE dan mintak tolong diorang untuk suggest kepada Friends diorang pulak. Pastu pulak mintak Friends diorang suggest kepada Friends kepada Friends diorang pulak. Insyaallah berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...