Selasa, 6 November 2012

Ambo Tok Make Pedah ( Aku Tak Makan Pedas )

Dua tiga hari lepas, aman menerima kunjungan dari luar negara atas urusan kerja. Menurut mat salleh nie, ini adelah kali pertama dia datang ke Malaysia. Dia tahu malaysia pun dari documentari yang dia tengok kat negara dia pasal harimau malaysia.


Memandangkan ini adelah 1st time dia datang sini, aman dengan rasa teruja dan amat berbangga memperkenalkan negara tercinta Malaysia nie. 

Sudah menjadi adat kat sini, bila tetamu datang kita akan jamu dengan makanan. So, kitaorang tanyelah mat salleh nie makanan apa yang dia nak makan. Dia cakap dia nak try malaysian food dan spicy. Dia bagitau yang dia memang minat giler lah makanan pedas nie. Hinggakan jadi hobi dia bile pegi ke suatu tempat tu, dia akan pegi cari chili untuk dibawak pulang. Dalam otak aman, mesti mat saleh nie memang tahan pedas yang power.

Takdelah kitaorang pegi bawak makan kat Mamak Spicy. Our choice...Restaurant Rangnok kat Tunjong..yes..this is my favourite place and the foods so damn good.


Kitaorang dah order awal so masa sampai tu makanan dah tersiap hidang. Senang buat lagu nie. Takyah nak tunggu lama-lama. Mat saleh nie 1st dia try tomyam sebab kitorang bagitau tomyam nie pedas dan sesuai dengan citarasa dia. Dia hirup sekali. Dia cakap pedas sangat. Pedas ke ?? Rasa ok jea pedas dia. Takdelah pedas sangat pun. Rupanya tahap pedas dia beza dengan kita. Bagi dia tomyam yang mild spicy tu pun dah tersangat pedas. Aman tengok dia dah berpeluh dan muka pun dah naik merah sebab tahan pedas. 

Alih-alih kitorang yang makan banyak. Dia makan sikit jea. Kesian tak tahan pedas rupanya. Tadi cakap suke pedas.

**Bagi dia kita nie pelik sebab sikit-sikit nak makan. Nak discuss pun kena makan. Ape boleh buat malaysia love food so much..hehehe



4 ulasan:

  1. Mat Salleh tu x knl Malaysia? mesti dia x minat geografi ni... Dia dri negara mana ya? Tomyam tu bkn makanan Siam ke? huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia dari Europe.Dia kenal malaysia tapi nie adelah 1st time dia menjejakkan kaki ke sini.

      Tomyam ?? Malaysia kan semua benda multi..hahaha

      Padam
  2. lagi pedas lagi best. hehehe

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...