Emosi La Pula


Emosi. Orang puteh panggil emotion. Maksudnya sama saja.

Nak kecek sikit pasal emosi nih, pada pendapat aman banyak memainkan peranan dalam seharian kita hidup nih. Kerana emosilah kita menangis, gembira, sedih, marah dan sebagai banyak lagi hal yang boleh dikaitkan secara lansung dengan emosi.

Beremosi nie bagus sebenarnya. Kerana emosilah kita dipanggil manusia bukan robot. Robot mana ade perasaan kan ? 

Yang tak bagusnya kalau terlebih emotion. Bahaya tau tak. Boleh bawak mudarat kat diri kita. Betul tak ? Setuju tak dengan aman ? Kerana emosilah mak bapak boleh sampai ketahap mendera anak. Tahulah budak tu nakal tapi janganlah berlebih. Kesian dia. Bukan dia tahu ape pun. Budak, tahu apa. Tahu nak berseronok adelah. Mendidik anak takleh dengan emosi berlebih tapi kena smart. Begitu jugak kat ofis. Hanya kerana boss nak marah kat bini dia kat rumah tapi tak boleh sebab takut, staff kat ofis jadi mangsa. Serba serbi tak kena. Begitu jugak kalau kehilangan sesuatu yang amat disayangi. Kita bersedih sangat sampai tak buat apa-apa. Kejanya termenung dan termenung.Emm...memang memudaratkan.

Seeloknya emotion yang sederhana. Betul tak ?

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu