Khamis, 15 November 2012

Menjenguk Pantai Sri Tujuh

Pantai Sri Tujuh nie orang kenal sebab 1 benda. Pantai nie suka telan orang. Maksud lainnya kat sini agak bahaya sebab banyak area tu tanah jerlus. So kalau tak berhati-hati, memang cari nahas.

Bagi aman pulak, kalau nak pegi Pantai Sri Tujuh hanya atas 1 sebab saja. Nak pegi beli oyster. Kat Kelate nie setahu aman takde tempat dah jual oyster melainkan kat pantai telan orang nih.

Kalau nak pegi sana, nak tak nak kena melintas rel keretapi Tumpat. Syok, boleh tengok keretapi kejap. Tumpat nie kalau bagi yang tak tahu adelah perhentian terakhir bagi KTMB.


Jalan menuju ke Pantai Sri Tujuh nie agak benggang bekok so amatlah dinasihati untuk tidak memandu laju. Drive biasa ja. Kan tak pasal-pasal terlajak ke dalam laut.



Tapi kali nie aman pegi sana bukan sebab nak pegi beli oyster tapi saja jea, nak ambik angin. Kalau nak beli oyster gerai dia tak jauh dari main entrance nak masuk area pantai. Situ jugak banyak dijual ikan masin. Macam-macam jenis ada. Aman jangan tanya sebab tak reti mana.

Belok kiri, belok kanan, at last sampai jugak ke pantai. Dan ini adelah kali pertama aman menjejakkan kaki ke pantai Sri Tujuh. Ramai jugak orang beriadah kat sini. Gerai jugak banyak menjual makanan ringan. So, tidak menjadi masalah kalau lupa bawak makanan sendiri. Sebab boleh beli kat sini.


Kite...

Sini kalau nak beriadah bagi aman sesuai sebab orang tak ramai...





sempat lagi main pasir

Memang best gain energy kat pantai nie tapi satu hal jea aman rasa sakit mata bile tengok. Orang kita nie suke sangat buang sampah ikut suka hati dia. Cuba lah prihatin sikit. Kalau takde dustbin pun, ape salahnya sampah tu dikumpul pastu dibuang kat tempat lain. 

Tak paham diorang nih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...