Pegi Masjid Buat Dosa

Ape nak jadilah. Selalunya kalau pegi masjid, tujuannya adelah satu, nak buat ibadat. Ibadat nie pulak luas. Bukan setakat solat, bersihkan halaman masjid pun dikira ibadat.

Tapi entah ape kenanya, certain dari manusia yang ade kat bumi bertuah Malaysia nie pegi ke masjid untuk buat dosa.

Dosa apa ?

Tadi masa pegi semayang Jumaat yang wajib untuk semua kecuali yang uzur [ walaupun aman perasan benar dan orang lain jugak perasan yang banyak jugak kelibat manusia yang berpeleseran dan lepak dalam kawasan masjid sewaktu solat dilaksanakan ] , salah sorang AJK masjid buat annoucement untuk melakukan solat hajat. Solat hajat dijauhkan bala kat masjid kampung aman nih. 

Bala ape ?

Kegiatan mencuri makin menjadi-jadi. Kalau selipar hilang tu dah kira common, nie dah tahap sehinggakan memecahkan cermin kereta. Yang terlatest, ade seorang hamba Allah dari Kuala Lumpur singgah untuk solat di masjid kampung aman mendapati keretanya dipecahkan dan segala serbi dalam kereta dia lesap. Yang takleh paling blahnya, speaker masjid, semua, direbat dek pencuri. Yang tak tahannya dibuat dah nak dekat waktu semayang jumaat.

Nak semayang pun tak sedap lagu nie. Yelah, duk pikir pasal keselamatan kereta. Tapi mintak dijauhkanlah. Sape yang nak kenakan ??

Apelah sudah jadi. Dunia sudah terbalik. Orang datang masjid buat pahala tapi ade jugak datang buat dosa.

Alahai...

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan