Al Kisah Handphone


Korang tahu tak aman dapat merasa memegang dan memiliki handphone nie masa lepas SPM. Tupun bukan handphone baru tapi handphone second hand. Sebab masa tu handphone satu material duniawi yang mahal harganya. Bukan marah macam sekarang, bawah 50 ringgit pun boleh dapat.


Masa tu, seingat aman, Nokia is ruling. Handphone brand lain tak wujud lagi. Iphone tu takde lagi tapi handphone Samsung dah ada. Turut ada masa tu kat pasaran jenama Alcatel, Siemen dan Ericson. 

Biasalah tak pernah ada handphone sendiri, aman punyalah seronok. Siang malam main handphone padahal masa tu bukan boleh buat ape sangat kalau nak banding dengan handphone sekarang, sms, call dan adelah game sikit. Applikasi radio pun takde lagi. Nak tunjuk betapa kunonya handphone.

Yelah. Dah handphone sendiri, mestilah sayangkan. Sayang sangat sampai masuk bilik air pun handphone mesti bawak jugak. Dan ianya datang bersama dengan akibat. Nak dijadikan cerita, ade satu kali tu aman tengah mandi dan aman letak handphone tu kat ruang kat tingkap bilik air. Entah macam mana, handphone tu jatuh dan terberai. Dah la tu kena air pulak. Walaupun lepas tu aman cuba keringkan tapi dah nak buat macam mana kalau memang dah rosak. So, terpaksalah cari handphone lain.

Sebab percaya kat Nokia, aman beli second phone pun Nokia jugak. Beli yang murah jelah. Mana mampu nak beli yang mahal-mahal. Berape sangat student ada duit. 

Entah apelah nasib. Lebih setahun sikit, handphone terima nasih yang sama macam yang first tu. Kali nie aman pegi berkelah kat jeram lepas tu terlupa nak keluarkan phone yang didalam poket. Maka mandilah bersama phone tu. Masa nak salin pakaian baru perasan yang handphone ada dalam poket. Hampeh betul. Rugi lagi aman. Yelah. Nak kena beli handphone lain pulak. Susah takde handphone nih.

3rd phone aman ingat lagi beli kat kompleks sebelah dengan Sogo kat Kuala Lumpur. Aman sendiri pun tak sure handphone yang aman beli nie baru ke tak. Sebab tak sampai beberapa bulan aman pakai dia buat hal. Takleh nak tekan butanglah, kalau call orang tak dengar kita cakaplah. Ishh..yang nie memang geram betul. 

Sebab aman nie loyal kepada Nokia, 4th phone pun aman beli cap Nokia. Untuk elak tertipu macam kes handphone ketiga tu, aman beli kat kedai yang betul-betul proper. Aman beli kat Subang Parade.

Yang nie memang lama aman pakai. Habih mengaji pun aman still pakai phone nie. Ade jugak kawan tanya, tak teringin ke nak upgrade ke smartphone. Memanglah teringin jugak tapi smartphone nie harga dia mahallah lepas tu pulak handphone aman nie elok lagi. Kenapa nak tukar kan. Cuma ada sekali tu bateri kena tukar sebab yang lama dah kembung. Aman dah rasa ok dah kalau dapat call dan hantar sms.

Aman tak paham sesetengah dari kita sanggup berhabis duit untuk dapatkan smartphone. Tapi yang kelakarnya guna untuk sms paling kerap, call jarang-jarang dan untuk surfing internet tak lansung. Jimat kredit jawab diorang. Kalau macam tu buat apa nak pakai phone yang mahal ? Trend katanya. Kalau nak mengejar trend, sampai bila pun tak jumpa penamatnya. Tak sampai 2 3 bulan, yang lagi baru lagi canggih pulak keluar. Ade pulak yang bil sampai beratus ringgit sebulan dek kerana penggunaan internet yang kuat. Padan muka. Sape suruh pakai smartphone. 

Tapi kalau dah teringin nak pakai sangat smartphone ape salahnyakan. Betul tak ?

Kalau ada lepas tu guna semaximum mungkin ok la kan

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu