Anak Mengaji Lagi Ke


Tadi masa tengah tunggu masuk solat zohor kat masjid, ade sorang pakcik nie solat sunat sebelah aman. Pak cik nie memang familiar kat sini sebab dia rajin solat kat masjid.

Lepas dia habis solat sunat, doa sikit, dia hulur bersalam dengan aman. Sebelum nie dia tak pernah pulak tegur aman, tapi kali nie dia tegur.

"Anak nie belajar lagi ke" tanya pakcik sambil bersalam dengan aman. 

Aman pun bagitau dia yang aman dah lama habih mengaji kat universiti, dah kerja beberapa tahun pun. 

Muka dia macam terkejut. Tak tau apehal. 

"Ingatkan anak nie baru form 6, dah nak jadi bapak orang rupanya" balas pakcik tu ketawa kecik menampakkan giginya yang tak berapa cukup. 

Aman sengih je la. Dalam hati nampak muda aku nie yea..hehehe.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu