Mengintai Prima Lagenda Tunjong

Minggu lepas aman ada kelapangan untuk menjengok sales gallery untuk projek Lagenda Tunjong. Dah lama aman plan nak datang sebab nak tanya pasal Prima Lagenda. Berkenan pulak aman sebab kalau tengok gambar kat website Lagenda Tunjong..fuhh..memang lawa lah. 

Kalau korang nak tengok
Prima Lagenda, tolong pegi ke website dia yea. Aman nak upload kat sini malas pulak rasa.

Menurut brader yang in charge bagi sales tu, Prima Lagenda nie akan mula serentak dengan Che Siti Mall dan jugak The Galeria Retail Mall. Cantik dah tu.

Kat bawah nie aman letak masterplan supaya lebih jelas kat mana Prima Lagenda, Che Siti dan The Galeria Retail Mall.


Prima Lagenda nie aman tanya ada 3 type A B dan C. Kerana aman nie baru jea beberapa tahun bekerja, sudah tentu aman tanya yang mana amana rasa boleh afford. So aman tanya type A1. Sizenya dalam 700 kaki persegi dan ada 2 bilik.


Harga untuk type A1 dalam lebih kurang dua ratus ribu ringgit. Brader tu cakap harga tak decide lagi. So dia tak leh nak bagitau dengan tepat berapa harga untuk unit ini. 

Aman upload jugak type lain, mana tahu korang ada duit lebih nak beli unit lain ke






Dan jugak susun atur unit di Prima Lagenda


Sambil-sambil duk bercakap pasal Prima Lagenda tu, brader tu turut explain pasal overall project Lagenda tunjong nih. Menurut beliau, pecah tanah akan dibuat samada June atau Mei, dan pembinaan akan bermula lebih kurang dalam bulan June atau July. Untuk fasa 1 nie, Che Siti Mall dan The Galeria Retail Mall akan dibina terlebih dahulu. 

Pembinaan Che Siti akan mengambil masa lebih kurang 2 tahun untuk disiapkan. Penyewa utama adalah Giant.

Manakala, The Galeria Retail Mall akan siap dulu dari Che Siti Mall. Ianya dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan dan dijangka dibuka tahun depan dimana Aeon akan menjadi penyewa utama. 


Yang seronoknya, wayang pun ada jugak. Tolong refer gambar masterplan kat atas yea. Pengendali cineplex itu nanti adelah TGV. 



Untuk hotel sebelah cineplex tu, brader tu cakap akan diuruskan oleh Accor Group. Accor group nie adalah pengendali hotel bagi brand Pullman, Mercure dan banyak lagi. Hotel ini dijangka memakai brand Mercure kalau menurut ape yang brader tu cakap.


Aman fikir memang berbaloi kalau beli hartanah kat sini melihatkan segalanya dekat disini. Supermarket, hotel, wayang, kedai2, agency2 kerajaan, memang berbaloi kalau aman beli kat sini.

So, aman isi form dan tunggu untuk dapat info terkini pasal Prima Lagenda dan bila nak start jual. Rasa tak sabar pulak.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan