Khamis, 2 Mei 2013

Bukan Makan Angin : Dari Pahang Ke Kelantan

Seperti tajuk kat atas, aman sememangnya tak pegi makan angin tapi dek kerja, terpaksalah merantau. Tapi takpe. Best jugak sebab dapat ambik kesempatan untuk menjenguk negeri orang lain. Tambahan pulak nikan musim election, nak tahu jugak macam mana kemeriahan kat tempat orang lain.

Banyak jugak aman ambik photo tapi aman just nak share yang aman rasa menarik. Antaranya


Muzium Sultan Abu Bakar. Memang cantik lah bangunan yang baru siap direnovate nih sampai aman tak puas rasa ronda-ronda sekitar bangunan muzium nih. Lawa weh..











Sedang asyik menengok muzium nie, aman duk fikir alangkah bestnya kalau muzium-muzium kat kelantan pun macam nie jugak. Lebih kontemparari walaupun ianya bangunan berdekad lamanya. Fresh look la senang cakap.

Aman jugak sempat bermalam kat Kemaman, Terengganu. Tak sangka banyak perubahan kat sini sejak last sekali aman pernah datang kat sini. Banyak dah pembangunan. Mesra Mall pun 1st time aman singgah untuk beli makanan sikit, boleh nanti buat kunyah masa drive. Dinner kat Burger King dan lepas tu pegi melepas stress kat karaoke kat dalam Mesra Mall. Serak lepas tu. Nak cakap pun susah.

Masa on the way balik tu, aman banyak jugak singgah kat tepi pantai. Bestnya dapat main sepak-sepak air. Last stop adelah kat Kuala Terengganu untuk lunch. Kat sini aman tak banyak ambik gambar sebab nak cepat balik Kelantan. 

Antara gambar kat KT yang sempat aman ambik  :

New wing kat Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu. Cantik bangunan baru nie. Sebab tu aman shoot gambar. Siap ada parking bertingkat lagi. 



Apartment Ladang

Huk aloh. Lagu mana lah boleh lupo pulok nak letak gambar masjid sultan ahmad shah kat Pekan. Besar masjid nie. Best rasa solat kat sini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...