Jangan Tangguh


Ingat lagi dulu masa masih di zaman bergelar seorang student. Suka sangat tangguh. Nak buat assignment pun tangguh, tunggu last minute baru nak buat. Study pun boleh tunggu, dekat-dekat nak exam baru perah otak study bagai nak gila. Begitu jugak bila dah masuk alam occupation, task dikasi sikit-sikit tangguh, alasannya dateline lambat lagi. Bila dah dekat dateline, baru lah kalut macam lipas takde kaki. 

Alhasilnya kerja buat last minute dah bertangguh nie faham-fahamlah, tidak la seperfect mana. Resultnya hanyalah ala kadar, impossible sangat untuk mendapatkan thumb up, dapat thumb down tu adelah. Bila dah sampai tahu hasil, barulah rasa menyesal, barulah timbul dalam hati,  


kenapalah aku tak start awal-awal dulu, kalau tidak mesti result yang aku dapat lagi power, boss pun mesti suka, lecturer mesti suka, cikgu mesti suka, dan sudah tentu aku sendiri confirm puas hati.

Tapi selalunya kita nie tabiatnya menyesal kejap. Lepas tu ulang balik habit lama suka bertangguh. Yang tak bestnya kita suka sangat cari excuse bukan kat orang lain, tapi untuk diri kita sendiri, untuk menjustifikasikan tindakan suka tangguh kita. 

Hal yang baik, kerja dan niat baik, sebetulnya takleh nak ditangguh. Teruskan saja. Jangan tunggu kerana masa sangat jealous terhadap kita. Sorry lah kalau masa nak tunggu kita. Lagi jauh masa tinggalkan kita adalah. 

Jika ade niat nak further study, teruskan saja. Makin kita tangguh, semangat nak belajar kita makin lama makin kurang. Sahabat aman sendiri, dia memang berazam lepas habis degree terus dia nak sambung. So, bila dah habis, dia terus sambung ambik master.

Begitu jugak kalau nak berniaga. Ramai yang tangguh sebab katanya tak bersedia lagi. Alasan tak berani kalau tinggalkan kerja makan gaji, business lingkup macam mana. Macam mana apa ?? Try pun belum lagi, dah fikir bukan-bukan. Macam mana nak berjaya dalam berniaga kalau tak start sepatah haram pun dah fikir negatif. Orang kalau nak berniaga, kena fikir besar, kena fikir positive. Memanglah kita akan dengar macam-macam pendapat yang mungkin negative dan fovouring kerja makan gaji. Tapi itu pendapat orang, yang pentingnya kita sendiri. Contoh senanglah, kalau kita minat BMW, dan kita ada duit untuk beli kereta idaman kita, pastu kita pegi tanya opinion orang lain, semua kata takyah beli, baik beli kereta lain. Ada setengah orang akan follow pendapat orang lain untuk purchase kereta lain, sedangkan dia tak minat mana. Resultnya dalam hati rasa tak puas, tak berkenan, rasa menyesal pulak sebab purchase kereta lain. Macam mana pulak kalau kereta yang kita beli buat problem ? Lagi lah kita nak salahkan orang lain sebab cadangkan suruh beli kereta lain sedangkan kita nak beli BMW. 

Ada pulak yang cakap dia tangguh bersebab. Ambik contoh berniaga sekali lagi. Nak kumpul duit biar cukup dulu baru nak mula berniaga. Tapi untuk berapa lama ? Tangguh anda jadi tak bagus kalau takde time frame untuk kumpul modal. Lepas tu dah ada pelan ke belum ? Takde lagi ? So kira macam mana tu ? Excuse nak kumpul modal baru nak buat pelan tu, aman rasa tak kena tu. Tangguh, tangguh dan tangguh. Last sekali ape pun tak jadi.

Aman nak share sikit kisah sahabat aman macam mana dia start berniaga. 

Sahabat aman nie memang dari dulu lagi tak suka kerja dengan orang, dia prefer jadi my own boss. Tapi dia bukan anak orang kaya yang membolehkan dia ada memulakan perniagaaan dengan sekali imbas macam tu jea. So, bila dah habis belajar, dia set time. Dia nak kerja untuk tempoh 4 tahun sahaja untuk kumpul modal sebanyak yang diperlukan. Tapi hanya 2 tahun dia kerja, modal yang dia nak dah mencukupi. So, dia ambik keputusan untuk berhenti kerja bagi memulakan perniagaaan sendiri. Dengan modal yang dia ada, dia tak hentam sebrono. Tapi dia dah ada business plan untuk apa yang dia nak buat. So, sekarang dia masih kat stage nak mempersiapkan perniagaannya di dalam time frame dan budget yang dia dah set. Alhamdulillah, apa yang dia plan berjalan lancar. Sikap macam nie lah yang kita nak. Dia tak tangguh tapi dia set time frame. Kalau tangguh tu cerita lain pulak. 

Jadi, kalau kita nak buat sesuatu yang baik [ bukan maksiat ] jangan tangguh, go ahead. Tapi reminder untuk diri aman dan kita semua, do it smart way. Prepare yourself with all necessary equipments needed so that when something bad occur in future, who know right ? we are in better position to face it and to over come it.

Sekian. Salam sayang dari aman untuk anda semua :-)

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan