Burger Bakar Di Kota Bharu


Anda pernah makan burger bakar ? Aman rasa semua dah kot cumanya aman nie jea yang entah macam mana tertinggal kapal tak pernah lagi merasa kehebatan burger bakar yang gerai yang menjualnya tumbuh bak cendawan lepas hujan di Kelantan.

Hanya baru-baru ini saja dah ramai orang kata kenapa tak try burger bakar, rugi kalau tak try sebab sedap, terliur jugak lidah nie nak mencubanya, aman ajak kawan aman turut serta dalam expedisi aman untuk first time memakan burger bakar. Atas rekomen seorang rakan, kami berdua ke kedai makan yang terletak kat Kota Bharu. 
Lepas jenguk meja yang strategik untuk kami, kami pilih tempat yang mengadap tv, senang sikit nak tengok drama. Lepas tu kami order 4 bijik burger bakar. 2 makan kat sini dan 2 lagi bungkus buat balik rumah. Nak jugak suruh family kat rumah merasa sebab diorang pun memang tak pernah try pun.

Lebih kurang macam 10 ke 15 minit, order kami sampai ke meja. Wah...nampak burger bakar yang baru tiba dan panas nie amat mengiurkan. Tengok pun dah jadi lapar, tu belum rasa lagi tu. Nak pegang dengan 2 belah tangan pun susah burger bakar nie sebab size dia yang unusual dari burger biasa. Lepas penyek kuat sikit dengan tangan, barulah boleh hold elok-elok. Lepas tu ape lagi, NGAP lah.

Lepas abih melantak, now untuk aman buat komen pasal burger bakar yang orang kata sedap sangat nie.  Untuk aman lah, this type of humberger adalah boleh tahan, nak kata tak sedap pun tak, nak kata sedap pun tak, kira nice-nice lah. Untuk harga yang mencecah RM 8, aman boleh kata reasonable.  Untuk patty tu, size dia memang lah besar tapi rasa dia tu takde ape-ape. Aman ingatkan diorang marinate la dengan apa-apa ke tapi kalu aman rasa tu plain. Maybe diorang just put salt and pepper, itu saja. Untuk menambah rasanya, ada jugak ditaruk sos lada hitam, mayonis, sos cabai dan keju sekeping. Yang lain dah ok cumanya sos cabai aman tak berkenan. Aman kalau pekena humburger memang tak letak sos cili sebab bagi aman, tak tahulah bagi orang lain, boleh menenggelamkan rasa humburger itu sendiri. Lagi satu pasal roti burger, tak best kalau dipanggang, roti tu disapu marjerin, better takyah sapu. 

Burger bakar dah rasa, aman nak try steam cheese burger pulak kalau ada. Kalau takde lagi kat Kota Bharu, korang try lah buat, tentu sedap, aman dah kasi idea tu.

Ulasan

  1. lau nk cuba patty yg best, sila ke Jati Corner. ada satu burger bakar memang terangkat abes kt situ. MGBurgerbakar. gerai no 8. ayam dan daging, dua2 xmengecewakan =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kasi detail tak jati corner tu kat mana ?

      Padam
  2. Maaf tumpang lalu :-) Burger Kukus Bakar terbaik boleh ke http://www.facebook.com/BurgerKukusBakarNuman Special Menu BKB Rusa (100% Daging Rusa Original Dari Ladang)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau nukman boleh clarify dimana lokasi kedai/gerai burger kukus nie lagi better

      Padam

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan