Jerebu Dah Sampai Kota Bharu


Ape lah nak jadi nie. Tiap tahun hal sama berlaku. Bukannya kata fenomena semulajadi, kalau macam tu memang takleh nak buat apa lah tapi kes jerebu nie sebab perbuatan manusia yang ambik jalan senang nak bersihkan tapak untuk pertanian dengan membakar.

Bila jerebu mari mulalah ada blame each other dan cari solusi itu dan ini tapi bila jerebu dah reda, keadaan jadi senyap balik. Pastu tahun depan jerebu datang lagi, kita pakat bising balik. Please lah, tolong sangat-sangat bagi pihak berkenaan untuk cari penyelesaian total untuk fenomena tak sihat jerebu nih. 

Kalau sebelum ini, jiran Singapura serta Johor dan Melaka mengalami jerebu teruk dimana IPU yang dicatatkan begitu tinggi sehinggakan PM Najib terpaksa ishtiharkan darurat bagi daerah Muar dan Ledang. 

Kerana tiupan angin monsun dan jugak pembakaran di sebelah pulau Sumatera, jerebu mula merebak ke arah tengah dan utara semenanjung. IPU di KL sudah mencatatkan bacaan 189 setakat petang tadi yang dikateogarikan sebagai tidak sihat. Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan paling tinggi hari ini iaitu 319 yang sudah dikira berbahaya. 

Manakala di Kota Bharu, bacaan petang tadi adalah 114 yang dikira tidak sihat. Keadaan persekitaran pun tadi pun tak berapa clear. Sebagai bukti cuba tengok gambar di bawah yang sempat aman ambik

Ini adalah dari jambatan kedua Sultan Yahya Petra, kalau sebelum nie boleh nampak jelas bandar Kota Bharu tapi dua tiga hari nie dah tak berapa nak nampak  terutamanya bangunan-bangunan tinggi.








Manakala ini pula kat dalam bandar Kota Bharu, walaupun belah petang tapi keadaan seakan dah gelap






Dalam keadaan jerebu nie, kurangkan aktiviti diluar dan pakai mask kalau nak keluar di luar. 

Jom lah kita semua pakat sama-sama solat hajat supaya Allah turunkan hujan bagi mengurangkan kesan jerebu kat negara kita dan tempat kita. 

Korang jugak boleh check IPU semasa dengan mengunjungi website NRE

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu