Tarbiyah Universiti

Untuk post kali nie, aman nak lari sedikit dari kebiasaan. Selalunya pasal KB cityscape tapi untuk post ini kali lah, aman nak share sikit pasal tarbiyah universiti.

Bila mana menjejakkan kaki ke menara gading, tak kesah la local atau oversea, ianya merupakan satu langkah yang bukan kecil untuk ramai dari kita. Ianya permulaan untuk kita memulakan hidup dengan berdiri di atas kaki sendiri, senang cakap, be independent. Sudah takde mak ayah untuk jadi tukang check bagi kita. Semua diatas bahu kepala kita sendiri. 

Disinilah bermulanya tarbiyah universiti. Kalau kena caranya bila graduated nanti maka keluarlah seorang yang bergelar manusia. Kalau tak kena caranya, boleh diibaratkan seolah universiti nie seperti sebuah kilang yang menghasilkan barang yang tidak bernyawa. Kerana itulah biasa kita dengar seorang yang dulunya tak berapa elok feelnya, tapi selepas keluar dari menara gading, menjadi seorang yang bagus dan baik. Solat tak tinggal, hormat orang lain dan sebagainya. Begitu jugalah kita tak pelik kalau seorang yang dulunya baik tapi selepas masuk universiti, lain pulak jadinya. Terlebih culture shock barangkali. Seronok sangat kerana berjumpa dengan kebebasan baru yang dulunya terkongkong. 

Apa yang aman perhati, semasa aman masih menuntut dan mengaji kat universiti, ramai yang main peranan dalam tarbiyah universiti nie. Yang paling besar sudah tentu sahabat-handai. Kerana mereka akan bersama kita 24 jam sehari semalam, 7 hari seminggu. Diibaratkan kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, walau sedikit sekali pun, akan terkena jugak tempias minyak wangi. Begitu jugak kalau berkawan dengan tukang besi, akan terkena jugak tempias percikan api. Kalau berkawan dengan orang yang baik agamanya, insyaallah kita pun akan jadi macam dia jugak. Kalau kita suka berkawan dengan orang yang suka pegi disko, lambat laun kita pun akan turut sama terlompat-lompat didalam disko.

Begitu jugak dengan para senior. Ingat senior nie tak main peranan ke ? Besar peranan mereka. Merekalah nanti yang bergelar akak dan abang untuk para junior untuk mendidik, menasihat, menegur dan jadi role model. Aman tak share sikit kisah aman. Dulu masa mula masuk universiti, aman nie takde la kata seorang yang rajin solat jemaah. Hari jumaat jea pegi. Tapi dek kerana senior yang selalu ajak, siap tolong bawakkan pegi masjid, kita pun jadi lekat dengan masjid. Kalau tak jemaah rasa tak seronok. Bahkan aman rasa macam tak percaya yang aman boleh tiap-tiap hari bangun bersiap untuk solat subuh berjemaah dan kadang-kala siap jadi bilal lagi. Kalau kat rumah kat kampung mana pernah. 

Begitu jugak dengan para warden, pensyarah, peniaga-peniaga kat dalam kampus  dan staff bukan akademik kat universiti. Mereka bukan sekadar mengajar, menjaga hal ehwal penginapan pelajar, berniaga dan menjalankan tugas di office tapi mereka turut serta dalam mendidik anak-anak siswa nie. Cara mereka mungkin lansung atau tidak lansung tapi itulah cara mereka. 

Itulah tarbiyah universiti yang aman dapat. Yang membentuk aman menjadi sape aman sekarang. Aman syukur tak terhingga kepada Allah kerana aman bukan setakat belajar tapi jugak mendapat didikan.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu