Jumaat, 7 Jun 2013

Tiga Kali Dah Cukup






Perut nie dah rasa lapar. Pagi tadi dah la tak sempat nak breakfast sebab nak cepat. Pilih-pilih tempat makan, akhirnya decided pegi makan kat restaurant yang selalu dah pegi kat area Lembah Sireh.

Tak tengok menu pun sebab dah tahu nak makan ape. Lagipun perut nie dah lapar sangat. Nasib baiklah time tu orang tak ramai mana, adelah 2 hingga 4 orang tu. Time nie time lunch tapi tak ramai orang. Pelik tu. Mungkin diorang semua berposa takpun makan kat kedai lain.


Sekejap saja apa yang di order sampai. Ape lagi, perut pun dah kebulur, terus sumbat lah. Masa tengah sedap isi perut tu, nak teguk lah jus apple yang sejuk tu. Tapi tunggu sekejap. Apa yang bergerak-gerak dalam air nie ? Pelik semacam jea. Biar betul. Adekah ini khayalan semata-mata ? Adakah aman bermimpi disiang hari ?

Anda nak tahu kenapa ?

Ada bapak lipas tengah swimming kat dalam jus apple aman. Tak ke geli rasa tekak nie. Geli geleman. Nak makan pun rasa dah tak jadi. Automatically perut aman rasa kenyang. Apa nie tuan kedai makan, lipas nie perasa sampingan ke ?

Sebenarnya ini kali ke 3 aman makan kat sini ada tetamu tak diundang dalam makanan yang di order. Pertama kali dulu, ada rambut dalam sup, second time, ada lalat yang telah pun siap digoreng dalam ayam goreng. Dan ini kali ketiga, ada bapak lipas tengah happy berenang kat dalam jus apple.

Aman rasa enough is enough. Lain kali tak makan lagi kot kat sini. Rasa loya tekak aman nie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...