Orang Lain Raya Aku Pulak Cirit Birit

Last day puasa hari tu, saya macam biasa pegi beli juadah berbuka kat bazaar Ramadhan di Taman Bendahara. Follow bersama saya petang tu abang dan jugak anak-anak dia. Lepas selesai beli juadah serba sedikit yang rasa-rasa terliur nak makan, kami semua singgah kejap di Hypermarket Pantai Timur sebab saya nak beli susu. The whole ramadhan nie saya banyak minum susu terutamanya waktu sahur sebab bila minum susu nie rasa waktu tengah puasa siang hari rasa bertenaga sikit. 

Biasalah kalau bawak anak sedara macam-macam lah diorang nak itu nak ini. Tahu tak petang tu saya tak tahu berapa kotak air saya beli. Beli macam-macam sampai penuh tangan nie nak pegang. 

Waktu berbuka tu saya macam biasa makan kurma dengan kiraan ganjil dan jugak minum air favourite, susu soya dan juga air nyior beli petang tadi dekat selekoh ke Padang Tembak. Air nyior jual kat situ sedap, rasa dia original sebab akak yang jual tu tak campur air kosong dan isi nyior pun dia ambik yang berlengah saja, yang tua-tua tak ambik. 

Sudah habis nasi kukus ayam sebungkus, teringin pulak nak makan tembikai. So, saya potonglah dekat-dekat 1 quater juga tembikai tu. Fuhh...memang sedap, juicy abihh. 

Lepas tu teringat la pulak petang tadi masa singgah di Hypermarket Pantai Timur, saya ada beli air berkarbonat. Terliur pulak nak minum. So, saya minumlah sikit. Tak banyak pun. Janji hilang rasa terliur nak minum air berkarbonat. Tu aje. 

Malam tu memang sibuk la sebab esok nak raya. Kemas rumah semua lah. Masa tu lah saya rasa kenapalah rasa lain macam. Rasa mual. Rasa nak muntah. Nak kata makan bagai esok nak kiamat takde la pulak. Ok, takpe saya try tahan. Dah 12 lebih, semuanya dah selesai dan saya pun penat, nak masuk tidur dah. Masa dah baring tu tak boleh tidur. Perut rasa lain macam dan rasa mual, loya semua ada. Lama-lama dah tahan, cepat-cepat saya ke toilet. Habis semua isu perut keluar. Saya rasa lega sikit. Pegi nak tidur balik, dah baring, rasa tak sedap lagi. Sekali lagi terpaksa ke toilet. Muntah lagi. Rasa lega sikit, pegi tidur balik. Perut nie pulak rasa lain macam. Sekali lagi ke toilet. 

Malam tu tak tahu berapa puluh kali saya ulang-alik ke toilet. Memang tubuh lepas tu rasa letih sangat, nak jalan pun tak larat, memang merangkak. Mungkin kerana penat sangat asyik ulang-alik ke toilet, saya terlelap dalam pukul 3 pagi lebih. 

Esoknya, Aidilfitri menjelma. Di kala orang lain bersiap nak pegi solat raya, saya nie pulak lembik atas katil. Tak ada tenaga lansung. Sehari suntuk raya tu saya tak pegi mana-mana. Terpaksa memerap kat rumah. Yelah, macam mana nak pegi beraya kalau kejap-kejap nak pegi toilet. Aduhai, sedih benor ngasenye. Dah la hari tu buat open house. Nak layan orang mari rumah pun rasa takde mood. Senyum pun kena buat-buat. Nak buat macam mana kan bila dah badan sakit, serba-serbi rasa tak kena.

Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu