Khamis, 29 Ogos 2013

Sushi King, O'Briens Dan Banyak Lagi Akan Di Buka Di Kota Bharu

Sejak akhir-akhir ini, rasa macam fenomena pulak bila dengar khabar berita fast food macam-macam nak bukak di Kota Bharu, the state capital of most eastern at Malaysia's peninsular.

Yang first iaitu my favourite iaitu Sushi King katanya akan dibukak di level 4 KB Mall. Saya tak tipu sebab ada buktinya. Dan ini buktinya :


Ehsan internet

Saya tak tahu lah orang minat ke tak makan makanan jepun nie tapi sejak first time makan masa darjah 6 di Giant Johor, saya memang suka sangat. Kalau sebelum nie kalau nak makan kena pegi belah luar baru dapat singgah tapi kalau dah Sushi King bukak kat Kelantan nie, nak hari-hari saya pegi. 

Yang keduanya Seoul Garden. Korang biasa ke dengan Seoul Garden nie ? Yang macam steamboat. Yang macam-macam lauk lepas tu kita masak dalam soup yang dah disediakan tak pun grill kalau nak. Nie website dia :  http://www.seoulgarden.com.my/ . Khabarnya Seoul Garden akan dibukak juga di KB Mall di tingkat 4. Same level dengan Sushi King. Dapat makan makanan Korea la lepas oghe klate blako.


Yang nie pulak info yang saya dapat dari kenalan saya. Katanya Domino Pizza akan dibukak di Kota Bharu. Cerita lama. Dah lama saya dengar kononnya Domino Pizza nak bukak tapi tak bukak-bukak pun. Tapi kenalan bagitau Domino Pizza kemungkinan besar dibukak di area Kubang Kerian menggantikan Radix Fried Chicken outlet. Kalau betullah bukak kat situ memang memberi persaingan kepada Pizza Hut yang turut ada kat area Kubang Kerian.

hiasan semata-mata

Suka makan Subway ? Kalau korang kate suka, ini ada berita baik sebab Subway jugak akan dibukak di Kota Bharu kat KB Mall, sama jugak level 4. Saya dapat tahu nie kerana yang nak bukak Subway kat Kelantan nie adalah kawan kepada kawan saya sendiri.





Kalau Sushi King, Seoul Garden, Domino Pizza dan Subway pernah dan biasa korang semua dengar, kira dah familiar lah, yang latest nak bukak kat Kota Bharu mungkin jarang orang dengar. Saya perkenalkan O'brien Sandwich.


O'briens nie akan dibukak di Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa dan outlet kat sana tengah di renovate. Mungkin bulan depan bukak la tu. Saya sendiri pun tak pernah try makanan kat O'briens nie. So nanti kalau bukak kita semua oghe klate pakat gi try blako deh. 

Suke minum kopi ? Memang mencari kopi yang sedap dan bosan dengan kopitiam kat Kelantan yang kebanyakkannya menghidangkan kopi yang tak memuaskan hati ? Kawan saya cakap Starbucks akan dibukak di City Point. City Point adalah bangunan yang sekarang dalam pembinaan di atas tapak lama arked MPKB. 

Setakat ni dulu apa yang saya boleh share. Insyaallah kalau ada maklumat terbaru saya akan post lagi di blog saya ini.

19 ulasan:

  1. Salam. Banyaknya restoran segera nak dibuka kat Kota Bharu. Lepas ni senangla orang Kelantan nak merasa, x perlu pergi ke KL.
    Nak tanya sikit, Aman tau tak LPT Fasa 3 bila nak mula dan Central Spine Road tu dah mula buat ke di Kelantan dan sampai ke Kota Bharu kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal LPT 3 tu saya tak tahu tp pasal central spine road mmg tgh berjalan skrg. Yg kat KB pulak construction yg under csr dr kadok k kb nie x silap saya bulan oktober akan start.

      Padam
    2. Oo... Lebuhraya Rakyat tu pulak apa cerita dia? Jadi ke?

      Padam
    3. Pasal lebuhraya rakyat saya pun tak tahu status dia macam mana. Saya baru teringat dlm nst keluaran jumaat lepas, x silap saya ketua pengarah krajaan sendiri yang jawab pasal highway kota bharu- k.krai nie. Dan highway kb-kk ni adalah sebahagian dari central spine road yang dalam pembinaan sekarang.

      Padam
    4. Rasanya mcm x jd je lebuhraya rakyat ni. x pe la, asalkan CSR ni akan dibuat sampai ke Kota Bharu dan dijangka siap tahun 2020. Ok la tu, lps ni 4 jam dah sampai Kelantan dari KL. Tol pun x ada.

      Padam
  2. Nak update sikit : hari ni baca dalam the star ada mention pasal sushi king. Dalam the star kata sushi king outlet dijangka bukak end of this yr

    BalasPadam
  3. Waaa cepat laa bukak semua2 kedai ni, byk lg kedai kene ade, PapaJohns, Johnny's, Nandos. Xdelah bosan KB ni..

    P/s: sy bukan org KB.

    BalasPadam
  4. Nandos ada ke kat kelantan..saya suka mkn nandos.....biasanya kalu gi kl baru dpt mkn nandos,,,,, mujur bulan 11 ni nak buka kat mesra mall..tuun kat kerteh..jauh gak dari rumah saya

    BalasPadam
  5. Slm...bila subway nk ada??skrang dah 2014..bila dijangka bukak???im currently expecting my first child and im one of subway lovers...ada exact date bila subway nk bukak kt kb mall tuu?? Sushi king dah buka dah....subway bila??u bleh reconfirm dgn ur friend??

    BalasPadam
  6. Sushi king soul garden manhattan fishmarket dah buka di kbmall..subway belum lagi,tunggu la tahun depan ke 2016

    BalasPadam
    Balasan
    1. subway maybe bukak kat aeon mall kota bharu

      Padam
  7. nanti kerja kosong kt subway nk apply ce mana ?

    BalasPadam
  8. Masih menunggu Starbucks di kelate hurm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takyah tunggu lah. gi jea CBTL kat aeon mall kb

      Padam
  9. Sekarang ada tk subway dekat kelantan?

    BalasPadam
  10. Sekarang subway kat kelantan dh ada ke?

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...