Intai-Intai Kampus Universiti Sultan Zainal Abidin UNISZA Besut

Nak tanya sikit. Korang perasan tak kalau driving kat Besut untuk ke Kuala Terengganu, akan nampak satu semacam kompleks yang agak grand far away dari sebelah kiri jalan ?? Ini kalau memandu ikut jalan pantai lah. Kalau ikut jalan Jerteh tu, memang confirm tak nampak lah.

Ini yang saya maksud kan...



Kalau korang tak tahu, ni lah kampus baru Unisza. Dulu saya ingat kampus Unisza kat Kuala Terengganu jea, tak sangka ada juga kat Besut. 

Ini pun sedara saya yang bawak saya masuk. Dia yang beria-ria nak tunjuk kampus Unisza nih. Dari jalan utama nak ke sini memang tak dekat. Jauh jea rasa. Memang kena masuk jauh ke dalam. Macam picture kat bawah nih. 


Woii...terngaga mulut saya. Memang bangunan-bangunan yang kat dalam kampus Besut nie lawa sesangat.

 Abaikan bangunan yang terbengkalai tu..hehe


 Stadium mini

 Yang ni mungkin bangunan pentadbiran. Antara yang paling lawa kat kampus Besut


 Nampak macam dewan..tak siap lagi nih

 Masjid dalam kampus. Teramatlah besar dan cantik. Dari jauh dah boleh nampak




Sebenarnya timbul kehairannan di otak kepala saya nih. Kelihatannya serba-serbi dah lengkap kat kampus Besut nih TAPI kenapa takde orang, takde pelajar ?? Semak samun pun makin meninggi dan jalan kat dalam kampus ni pun saya tengok dah macam rosak.

Memang seribu kali sayang kalau kampus yang begitu cantik bangunnanya ini dibiarkan terbengkalai macam nih.

Ulasan

Catat Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu