Selasa, 23 Disember 2014

Pertama Kali Kuala Lumpur Ke Kota Bharu Dari KLIA2

Ini adalah pertama kali aku terbang dari KLIA2 untuk pulang ke Kota Bharu. Sebelum ni tak pernah pun. Selalunya aku prefer guna firefly yang kat Subang tu sebabnya convenient. Dekat dengan Kuala Lumpur dan nak suruh sape-sape ambik kat airport Subang pun mudah.

Kali ni naik dari KLIA2 sebabnya sekarangkan monsoon season. Kalau nak Firefly takpun Malindo memang terasalah sangat gegarannya kat langit sana. Naik Airasia tak rasa sikit sebab plane dia besar. Nak naik Mas tak 'ghok' pulak sebab tiket yang agak mahal.ke guane ??


Memang kagum giler lah bila masuk dalam KLIA2 tu. Tak nampak lansung macam low cost carrier terminal. Impress habis.

Ini adalah entrance kat Gate 1. Masuk dalam tu tak rasa macam masuk airport. Lebih rasa macam masuk shopping mall.

 
Kedai kiri kanan memang banyak. Tapi tujuan aku nak balik cepat. So, nak stop sekejap nak survey-survey tu memang tak adalah dalam pemikiran aku. Yang penting cepat sampai ke pintu berlepas. Dah la sampai kat airport tadi pun dah lambat. (sampai 2 jam awal. Lambat ke tu ??)

Ini pulak boleh kata kat section tengah. Ramai betul manusia.hehe

 
Sempat lah jugak snap pix keadaan diluar KLIA2.


Aku ingat member aku cakap kena jalan jauh nak pegi ke gate berlepas tu macam main-main. Tapi memang betullah apa yang diorang cakap. Aku terpaksa berjalan dalam setengah jam dari screen barang untuk ke gate pelepasan. Takpe, atleast kira macam exercise lah jugak. Untuk kesihatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...