Ahad, 7 Jun 2015

Asam Keping

Kenal tak apa nih ?


Kalau nak kenal, nilah asam keping atau kat kelantan lebih dikenali sebagai asam gelugor. Benda nih kalau tak masuk dalam gulai memang tak sah menurut orang expert kat dapur merangkap my mother. Gulai kalau dah masuk benda nih jadi sedap. Tak caye ?? Cuba tanya orang dapur.

Aku ingat lagi masa zaman kanak-kanak dulu selalu tolong nenek yang aku panggil mak kait buah asam gelugor. Kat depan rumah nenek dulu ada pokok asam gelugor besar sangat tapi tak setinggi macam ada jiran kat sebelah umah aku sebab atok selalu panjat dan cantas bahagian atas pokok.

Aku ingat lagi mok yang kait lepas tu aku tolong kutip letak dalam guni. Bila guni tu dah penuh, angkut pulak dengan kereta sorong. Penat wehh nak pikul bawak balik dengan keringat budak kecik. Sampai rumah mok, asam gelugor tu dibasuh bersih-bersih lepas tu dipotong keping-keping. Dah siap potong tu aku tolong mok susun atas tikar. Cantik sangat susun tu.

Nak bagi kering to take time gak. Maybe dalam beberapa hari. Dah cantik kering nanti akan jadi macam dalam gambar tu. Kaler hitam. Asal kaler kuning gelap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...