Rumah Untuk Dijual Di Kelantan

Di sebelah kiri kanan jalan, mata tak lekang dengan iklan rumah untuk dijual di Kelantan. Ada yang jual rumah siap dan ada juga yang memberi perkhimatan membina rumah di atas tanah sendiri. Melihatkan pada harga yang terpampang di iklan-iklan tersebut membuatkan saya berfikir berapa ramaikah yang mampu membeli rumah yang harganya tak kurang dari RM 300000 ?? Itu tak termasuk lagi unit-unit apartment yang banyak tumbuh bak cendawan di Kelantan yang harganya memang boleh tahan. 


Kalau saya tanya soalan kat atas tu pada kenalan, dengan bangganya mereka menjawab takpe, orang kelantan kan kaya-kaya. Semua duit banyak. Buktinya banyaknya tumbuh projek-projek apartment yang harga bermula pada ratusan ribu ringgit. Maaflah kalau saya cakap yang realiti tak begitu. Sebenarnya majoriti rakyat kelantan memang tak mampu pun nak beli harga rumah-rumah yang mahal-mahal. Melalui apa yang saya baca, kebanyakkan rakyat kelantan pendapatannya kurang dari RM 2000 sebulan. Anggaran pinjaman yang boleh dibuat dengan gaji tersebut hanyalah kurang dari RM 200000. Ambik contoh, seseorang meminjam untuk tempoh 35 tahun, tu pun seseorang itu perlu membanyar bulanan lebih kurang RM 900. Banyak tu. Dah nak dekat 50 peratus pendapatan dari RM 2000 tu. So rasa-rasalah nak bayar RM 900 tu penat jugak sebab tak lagi ambik kira bayar kereta lagi dan kos-kos lain. Kalau gaji tiap bulan habih untuk bayar hutang, nanti nak makan apa la pulak, tak tergamak nak makan maggi tiap-tiap hari kan.

Memanglah ada yang mampu tapi ramai lagi yang tak. Sebab itu lah saya berharap sangat perumahan awam diperbanyakkan seperti PR1MA, perumahan SPNB dan Projek Perumahan Rakyat. Bukan saja dari federal, kerajaan negeri juga diharapkan patut menggalakkan syarikat GLC negeri memperbanyakkan membina kediaman mampu milik. Apa saya nampak sekarang GLC negeri nih lebih banyak tertumpu membina rumah yang harganya lebih dari RM 200000. Kepada pihak mana lagi nak diharapkan kalau bukan kerajaan. Kalau nak harap pada pihak swasta memang sukarlah sebab diorang tu mengejar keuntungan. Entiti bisnes mana nak berniaga untuk rugi. Semua nak untungkan.


Ulasan

Like FB Maafsebut

Catatan popular daripada blog ini

Sedap Sangat Ke Minum Arak

Sebab Mengejutkan 50% Kosmetik Founder Adalah Wanita Kelantan

Stesen Keretapi ECRL Di Terengganu Yang Wajib Anda Tahu